Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

100 Pencapaian Najib Razak

$
0
0

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:





1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

* 7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

* 11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN

* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

* 18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

* 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN

* 10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama’ dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.



* 12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011″ di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 – mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

* 15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

PRU-13: Isu Perebutan Kerusi PALING MEMALUKAN Buat Pakatan Rakyat

$
0
0
 
DALAM satu-satu pilihan raya, adalah adat satu-satu parti komponen berjuang dan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi bagi parti masing-masing. 

Sama ada suka atau tidak, kita kena menerima hakikat yang ‘darjat’ dan maruah sesebuah parti itu tak banyak sikit terletak pada jumlah kerusi yang dimenanginya dalam satu-satu pilihanraya. 

Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri, perkara yang sama berlaku. 

UMNO nak lebih, MCA nak lebih, MIC nak lebih walaupun kerusi yang dipertandingkan itu BELUM TENTU menjanjikan kemenangan. 

Jadi bila perkara yang sama berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita semua boleh faham dan menerima rasional terjadinya perkara sebegitu. 

Namun berbeza dengan Pakatan Rakyat, BN berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan cukup teratur, licin dan tidak menjatuhkan maruah mana-mana pihak. 

Akhirnya setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi….keutamaan diberikan pada calon yang boleh menang (winnable candidate). 

Walaupun ada pihak yang ‘makan hati’, semua itu dianggap lumrah dalam perjuangan dan akhirnya semua parti komponen dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Malangnya, konsep yang sama bukan saja gagal dihayati malah turut gagal dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat. 

Di sebalik konsep ‘kesatuan dan satu hati’ yang kononnya terjalin erat di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat seperti yang mereka sering gembar-gemburkan itu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Sebagai contoh, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lambat’ mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membincangkan isu pembahagian kerusi ini namun apa terjadi, Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan perkara itu. 

Malah sehingga Parlimen dah nak bubar pun, mereka masih ‘berperang’ tentang perkara pembahagian kerusi ini. 

Berikut adalah contoh apa yang berlaku. 



 

 



 

( Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman. 

Keputusan itu kata Anthony Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?,” katanya 

“Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong”. 

“Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah,” katanya.) - 

* gambar kredit http://mediawangsamaju.blogspot.com 

TERBARU adalah pergeseran antara Pas dan PKR dalam merebut kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa, Labuan, Temerloh dan Kangar. 

Bayangkan, PKR mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008. 

Pertukaran kerusi antara sekutu pakatan pembangkang itu terpaksa dibuat berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar. 

Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. 

“Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah hubungi Datuk Seri (Abdul) Hadi dan saya sendiri berbincang dengan Datuk Mustafa bagi menyuarakan bantahan ahli PKR apabila PAS umum bertanding di Temerloh dan Kangar. 

“Bagaimanapun kami ambil keputusan untuk akur dan terima baik perkembangan itu. Jadi PKR akan bertanding di Bera sebagai gantian kerusi Temerloh. 

“PKR juga akan bertanding di Labuan dan Setiawangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu. 

PAS sebelum ini mengumumkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh selain turut akan meletakkan calon bertanding di Kangar. 

Kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang lalu. 

 

Begitu juga pergeseran PKR dan DAP dalam isu merebut kerusi Gelang Patah. 

Datuk Chua Jui Meng dilaporkan telah ‘menghilangkan’ diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah. 

Chua sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi Gelang Patah. 

Hasratnya itu dikritik Dr Boo Cheng Hou sehinggakan Pengerusi DAP Johor itu menuduh Chua membawa masuk eleman MCA ke dalam Pakatan Rakyat. 

Selepas ‘kehilangan’ Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi. 

Kesimpulannya di sini, PRU-13 sama ada disedari atau tidak benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dalam erti kata yang sebenarnya. 

Baru peringkat pembubaran Parlimen, dah terjadi huru-hara di kalangan mereka…tak tahulah apa lagi yang akan berlaku andaikata kita ‘membenarkan’ mereka memerintah negara Malaysia yang tercinta ini. 

Anda ada kuasa, undi anda akan menentukan segalanya…lihatlah dengan mata hati, tanya diri sendiri. 

Panas! Pelakon Lucah Malaysia Sokong Barisan Nasional

$
0
0
Maklumlah pilihanraya dah nak bermula. Ada bermacam-macam cara pengundi persembahkan untuk membuktikan tanda sokongan kepada parti yang mereka bakal pilih nanti dan termasuklah si mangkuk Vivian ni.

Tindakan beliau menunjukkan bendera Barisan Nasional dengan cara lucah bukan mendapat pujian malah mendapat kecaman dan sangat dibenci ramai.

Terbaru, melalui fan page Alvin and Vivian – ALVIVI, mereka telah memuatnaik gambar yang kurang senonoh bagi membuktikan sokongan padu ke atas Parti Barisan Nasional.

Tak tahu pulak ia merupakan “sokongan” atau “perli”.

Shila Hamzah dituduh sebagai PEMBUNUH!

$
0
0

Berita panas yang mungkin bakal disensasikan atas sebab-sebab kelogikan dan boleh jadi kes jenayah juga. Baru-baru ini ada seorang Twitter yang mengakui dirinya sebagai @kami_anti (dalam erti kata lain anti kepada Shila Hamzah) dimana account ini menyatakan yang Shila seorang pembunuh. Eik? apa sebab ni.

 


Ceh cerita-cerita. Akaun ini telah dibuat pada majlis AJL 26 yang lalu, dan ini dilakukan atas usaha membela kawannya yang mana meninggal dunia akibat sebuah pergaduhan kerana Shila. Tidak dapat disahihkan kebenaran cerita ini memandangkan dahulunya akaun ini adalah bekas peminat Shila dan kini melemparkan pelbagai tuduhan yang kurang pasti asas dan motifnya untuk membenci Shila Hamzah.

Yang peliknya, akaun Twitter pula dijadikan tempat tuduh menuduh, p la balai polis buat laporan kalau itu menjadi satu berita yang benar, dan diselesaikan di mahkamah.

RITA RUDAINI DI TAJA DATUK S?

$
0
0

Ketika sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga yang mencengkam, dramatis, Rita Rudaini kini dihimpit pula dengan dakwaan dirinya ditaja oleh seseorang berpangkat datuk yang dikenali dengan pangilan datuk ‘S’.
Khabar angin tersebut timbul setelah pelakon ini mengeluarkan produknya yang diberi nama RS Collagen. Banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.
“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha,” ujarnya.
Jelasnya, buat masa ini beliau sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.
“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja,” katanya.

Foto Majlis Mencukur Rambut Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha

$
0
0
Umum mengetahui, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak sulung pada 29 Mac lalu di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru.

Pasangan ini telah menamakan anak sulung mereka dengan nama Muhammad Aisy Qaiser. Aisy Qaiser telah dilahirkan secara normal dengan berat 2.97 kilogram.

Ayu sedang menjalani tempoh berpantang di Johor Bahru dan dijaga oleh suaminya yang kini mewakili skuad bola sepak Johor. Satu majlis mencukur rambut anaknya telah diadakan.Jom tengok gambar terbaru anak Ayu Raudhah.


Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha 


Muhammad Aisy Qaiser bin Zaquan Adha
Gambar dari Instagram Ayu Raudah

MATI Lebih Baik Dari DITAWAN Pengganas - Hero Kg. Senallang

$
0
0

“Saya lihat lelaki itu duduk di bawah pokok nangka seperti menunggu rakannya dan ketika itulah saya bersama abang dan seorang lagi penduduk kampung, Mohd Saparudin Abdul Hatam mula merancang untuk bertindak.

“Kami mengambil kedudukan masing-masing di mana saya duduk di hadapan sebelah kiri, abang saya di sebelah kanan dan Saparudin di belakang menunggu peluang untuk melakukan serangan,” katanya.

Almasi berkata, tidak berapa lama selepas itu, lelaki yang mengacukan M16 ke arah orang kampung meneguk minumannya dan ketika anggota pengganas Kiram itu hendak meletakkan botol minuman, ketika itulah dia dan abangnya serentak menyerang lelaki tersebut.

“Mujurlah saya dapat merampas senjata di tangannya, manakala abang saya dapat melepaskan tumbukan ke arah mukanya, manakala Saparudin menendang dari arah belakang sehingga dia rebah.

“Apabila rebah, penduduk kampung yang ketakutan pada mulanya, terus menyerang dan memukul lelaki itu dengan kayu dan batu... malah wanita dan kanak-kanak juga turut memukul pengganas Kiram itu seperti melepaskan marah,” katanya.

Menurutnya, tidak berapa lama selepas itu lelaki tersebut tidak lagi bergerak dan apabila diperiksa lelaki itu sudah tidak lagi bernyawa menyebabkan penduduk kampung yang ditawan melarikan diri dan segera melaporkan kejadian itu kepada polis.




Almasi menunjukkan tempat dia dan abangnya mengambil kedudukan 
sebelum melakukan serangan ke atas lelaki bersenjata itu



“Apa nak jadi, jadilah.... Kalau mati... matilah aku hari ini,” kata Almasi Ansyah, 27, wira Kampung Senallang Lama yang mula-mula menerkam pengganas Kiram bersama abangnya, Boi Ansyah, 29, dalam kejadian penduduk kampung itu ditawan seorang lelaki, 3 Mac lalu.

Menceritakan peristiwa pagi Ahad itu, Almasi bersama 200 penduduk Kampung Senallang Lama dikejutkan dengan teriakan seorang lelaki yang berusia 50-an, ‘akulah yang menembak mati polis malam tadi’ yang turun dari arah sebuah bukit sambil membawa raifal M16 memerintahkan penduduk kampung berhimpun di dalam masjid.

Ansyah yang sedikit pendiam berkata, di dalam masjid kampung itu, lelaki tersebut dilihat menelefon seseorang berkemungkinan rakannya yang juga pengganas Kiram.

“Kami menjadi takut melihat lelaki itu seperti tidak waras dan mengarahkan kami semua keluar dari rumah dan berkumpul di masjid.

“Kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan... lebih-lebih lagi lelaki separuh abad itu melepaskan satu das tembakan ke lantai,” katanya.

Menurutnya, lebih kurang sejam dikurung, penduduk kampung tersebut kemudiannya diarahkan berjalan menuju ke sebuah bukit kira-kira satu kilometer dari masjid itu tanpa ada sikit pun belas kasihan.

Katanya, ada orang tua dan kanak-kanak tidak larat berjalan dipaksa berjalan sejam lamanya sehinggalah tiba di sebuah pondok di kaki bukit yang tingginya kira-kira 300 meter.


Ketika ditanya apa menyebabkan dia berani bertindak sedemikian, Almasi berkata, dia yang pada awalnya takut, secara tiba-tiba menjadi berani apabila melihat kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan.

Menurutnya, mujurlah rancangan mereka untuk menyerang lelaki itu berjaya dan sekiranya gagal mungkin ramai penduduk yang menjadi korban pengganas Kiram yang sehari sebelum itu membunuh enam anggota polis dalam satu serang hendap di Kampung Air Simunul.

“Selepas kejadian itu, ramai penduduk kampung melarikan diri kerana bimbang rakan-rakan lelaki itu datang semula dan membalas dendam sehinggalah pasukan keselamatan mengisytiharkan kampung itu selamat,” katanya.

Sementara itu, Saparudin melahirkan kesyukuran kerana terselamat dalam insiden itu, namun mereka masih lagi risau dan mengharapkan pihak polis meningkatkan kawalan di kampung itu.

“Jarak kampung ini dengan Simunul bukannya jauh sangat, kami bimbang tentang keselamatan anak isteri kami yang masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji keberanian penduduk kampung melawan pengganas bersenjata yang ceroboh kampung mereka.

33 Foto Selebriti-Selebriti Sekitar ABPBH2012

$
0
0
Sementara menanti gambar-gambar berkualiti tinggi daripada jurugambar Kami, apa kata kita layan dulu beberapa keping gambar yang diambil di Internet. Paling mencuri perhatian sudah tentu Didie Alias dengan bentuk segiempat di kepalanya.
didie alias abpbh2012Admin hampir terkena serangan sakit jantung apabila melihat penampilan Didie Alias. Admin percaya kalau Lady Gaga tengok pun dia juga akan terkejut. Pasti dia pun tak sangka ada orang yang lebih hebat berfesyen daripadanya. Nak jalan pun tak boleh akibat rambut segiempat itu.

didie alias abpbh2012
Lagi 31 keping gambar sekitar ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012
didie alias abpbh2012


VIDEO Interview Bobo ! “Parody Shae – Sayang Apa Khabar Denganmu”

$
0
0
j

Ketika Crew Kaio Studio sedang menjalankan tugasan pengambaran video perkahwinan di negeri di bahagian selatan semenanjung tanah air, crew Kaio Studio secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang selebriti sensasi internet yang dipanggil BOBO. Popular dengan video parodynya di internet terutamanya lagu Shae – Sayang apa khabar denganmu yang kini viral di media sosial.
Ayuh menonton video interview eksklusifnya.

panasss!! ABBY KENA BATANG HIDUNG SENDIRI!! MENAIP TIDAK MENGGUNAKAN AKAL!!

$
0
0

 

Inilah kalau ABBY tak dapat menjadi Calon....Kena bantai oleh pengikutnya.
KATA ORANG ABBY ABADI SENDIRI YANG LEBIH..

Itu Pelukan Sahabat – Nabila Huda

$
0
0

“Itu Pelukan Sahabat” - Nabila Huda
Pelakon Nabila Huda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tanpa segan silu berpeluk dengan penyampai anugerah bagi kategori yang dimenanginya iaitu penyanyi Tomok dan Fizz Fairuz dalam majlis Anugerah Bintang Popular yang diadakan di Bukit Jalil, semalam.
Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil menyatakan itu adalah tindakan spontannya selepas dirinya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular sekaligus mengalahkan rakan artis seperti Fasha Sandha, Neelofa, Izara Aishah dan Siti Saleha.
Abil yang merupakan ibu kepada seorang anak itu menyatakan reaksi spontannya itu adalah sebagai satu pelukan sahabat dan tiada niat untuk menimbulkan sebarang kontroversi.
Bercakap kepada portal Gua, Abil menjelaskan, “sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sebenarnya peluk semua orang sebelum naik ke pentas. Itu aksi spontan saya. Saya peluk Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat saya. Saya mengenali mereka sudah lama dan mereka tahu perjalanan kerjaya saya bagaimana. Kalau orang hendak mengata tindakan saya itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak kisah pun kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak nak hipokrit. Ini adalah diri saya”.
Dia yang kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Nas-T turut berkata kekasihnya itu berasa cukup gembira dan bangga dengan kemenangannya itu.

Ini Bukti Cinta CR7 kepada Islam

$
0
0


Cristiano Ronaldo Kagumi Al-Quran, Hafal Al-Fatihah & Senang Berwudhu,Cristiano Ronaldo Sumbang Kasut Emas 1.5 Juta Euro, Untuk Anak Palestin.


CRISTIANO Ronaldo lahir di Madeira, Portugal, anak dari Maria Dolores dos Santos Aveiro dan José Dinis Aveiro. Dia mempunyai  abang bernama Hugo, dan dua kakak perempuan, Elma dan Liliana CATIA.

Pemain terbaik Real Madrid dan team Portugal ini selalu membela kepentingan Islam, meski ia beragama Katolik yang taat. Khabar angin di media Sepanyol dan Portugal yang memberitakan jika CR7 akan menjadi seorang Muallaf.

Namun, hingga berita ini diturunkan, Ronaldo belum menyatakan, mengucapkan 2 kalimat Syahadah sebagai bukti ia telah masuk Islam, meski segala perbuatannya selalu menyokong Islam.

Berikut bukti dan fakta tentang CR7 tentang cintanya kepada Islam:

1. Cristiano Ronaldo bersimpati dengan Palestin, hal ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada anak-anak Palestin.

Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia. Bekas penggawa Manchester United (MU) itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu mengkhabarkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro (atau Rp16, 77 Bilion). Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di Gaza.

2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal vs 'Zionis' Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan skor imbang 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel, meski sudah banyak yang mengajaknya.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di kandang Israel, pada Jumaat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.

4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro (atau Rp1, 39 Miliar) kepada korban perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dikutip Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan mengatasnamakan UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC).

Wang itu nantinya akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut. Aksi keprihatinan ini merupakan kali kedua bagi pemain yang dipanggil CR7.

5. Tertulis Lafaz Allah di Kepalanya Cristiano Ronaldo tanda ia mahu masuk Islam. Kejadian menarik ini bermula dari siku David Navarro yang mengenai dahi Cristiano Ronaldo. Kejadian itu berlaku pada minit ketiga hingga menyebabkan CR7 perlu mendapat rawatan yang cukup serius kerana dahinya mengeluarkan darah yang cukup banyak. Pasukan perubatan Real Madrid yang melihat kejadian tersebut tentunya tak tinggal diam.

Untuk memberikan rawatan demi menghentikan darah pemain berdarah Portugal tersebut, pasukan perubatan pun membawa Ronaldo ke pinggir lapangan. Yang menarik, kamera televisyen Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu mengetengahkan gaya model rambut Ronaldo ketika tengah menjalani rawatan di pinggir lapangan. Dan entah sengaja atau tidak, kamera televisyen seketika langsung menonjolkan potongan rambut Pemain Terbaik Dunia itu di mana dijumpai tulisan berlafazkan Allah SWT.

6. Sokong Palestin, Cristiano Ronaldo Dikecam Israel. Berbeza dengan Barcelona yang memiliki kedekatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan dasar kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

7. Aksi Ronaldo sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian dan solidaritinya terhadap krisis Palestin dan warga Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Disana dia disambut suka cita oleh warga Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Namun, Ronaldo dikecam media yang pemiliknya, MU menyokong dasar kerajaan 'Zionis'. Seperti diketahui, saat itu CR7 masih berseragam Manchester United.

Nur Fazura & Nadiya Nisaa Di ABPBH2012

$
0
0
Sehingga ke hari ini, masih lagi terasa kehangatan ABPBH2012 yang telah berjalan dengan lancarnya Ahad lepas. Dan setiap kali majlis anugerah, fesyen selebriti-selebriti yang hadir sudah tentu menjadi tumpuan.
nadiya nisaa
Admin paling suka dengan fesyen Nadiya Nisaa. Cantik dan sopan. Tidak perlu seksi dan pelik sangat. Begitu juga dengan Fazura yang jelas terserlah ke”gorgeous”annya dengan dress serba ungu.
nadiya nisaa
Semoga lebih ramai selebriti wanita yang akan mencontohi mereka berdua dan tampil dengan pakaian lebih sopan di dalam majlis-majlis anugerah. Lagi 9 keping gambar Fazura dan Nadiya Nisaa di ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Nadiya Nisaa.

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

nadiya nisaa

TINDAKAN NABILA HUDA CIUM LELAKI DI MALAM ABPBH 7 APRIL 2013

$
0
0
NABILA HUDA
Pelakon Nabila Huda berharap tindakan spontannya mencium pipi kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain ketika dia diumumkan pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang terasa dengan perbuatannya itu.
“Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.
“Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya dalam industri seni ini.
“Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini adalah diri saya,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata, dia bersyukur apabila hasil penat lelahnya dihargai peminat menerusi hadiah kemenangan yang diraihnya itu.
Malah, beritahu Nabila, kemenangan itu juga merupakan hadiah buat ayahnya, Amy (Search) yang sering terkena tempias kontroversi berkaitan dirinya.
“Saya memang tidak sangka boleh menang kerana tidak pernah mempromosi diri menerusi Twitter atau mana-mana laman sosial lain. Cuma saya hanya menunjukkan diri saya yang sebenar tanpa hipokrit dalam Twitter dan mungkin kerana itu juga para peminat senang dengan saya.
“Apa-apa pun, kejayaan ini juga membuktikan, walau apa pun kontroversi yang terkena pada diri, kerjaya lakonan saya tidak pernah terjejas kerana saya tidak mempunyai masalah disiplin dan sangat bekerja keras.
“Dan hadiah ini juga adalah untuk ayah, saya mahu membanggakan dirinya yang sering disoal macam-macam apabila saya dilanda kontroversi,” ujarnya.

Haram Sokong Pembangkang, Kata Ulama Pondok

$
0
0
 
Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam. 

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama. 

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka. 

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya. 

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas. 

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
 
Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan. 

"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH). 

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun. 

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH. 

"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya. 

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T.


Papa Gomo mahu tanding lawan Anwar

$
0
0
Kuala Lumpur: Penulis blog, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awang Kechik, bagi pihak Papa Gomo mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini semalam.
 
Rafi berkata, penulis blog terbabit akan mendapat sokongan penuh lebih 7,000 penyokong badan bukan kerajaan (NGO) itu selain menyatakan sudah mempunyai penyokong dan pencadang menjelang proses penamaan calon nanti.
Katanya, Papa Gomo akan tetap berdepan Anwar di mana saja Ketua Umum PKR itu bertanding sama ada di Permatang Pauh atau kawasan lain.
Katanya, identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti.
Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang itu.

KAIN RENTANG TERBAIK SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE-13

$
0
0
Kain rentang terbaik PRU13 ini. Kebenaran sebenar! 


MAKLUMAT DAN FOTO SALAH SEORANG PEMBULI SMK TUN HUSSIEN ONN, PENANG

Identiti Kedua Pembuli Budak Sekolah Diketahui

Tun Mahathir Meninggal Dunia??!! FITNAHHH DARI PEMBANGKANG !!!

$
0
0


Berita Terkini - Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporan telah meninggal dunia.

Itulah antara kandungan FITNAH yang dibuat oleh PR yang mana rakyat lihat ini sebagai tindakan mereka yang takut dengan aura dan kehebatan Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Akibat terdesak, mereka sanggup menfitnah dengan mereka cerita berita palsu ini. Difahamkan petang tadi Tun Mahathir membuat rakaman di Studio TV3 bagi rancangan Soal Jawab yang akan disiarkan jam 10.00 malam ini.

Kesimpulannya, FITNAH jahat PR ini sangat kurang ajar.. Bahlul!!

Viewing all 1229 articles
Browse latest View live