Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

Misteri Bintik Hitam Pada Qubbatul Khadhra’ Di Masjid Nabawi

$
0
0

Masjid Nabawi terletak di Madinatul Munawwarah. Dan kalau korang nak tahu kubah berwarna hijau yang ada pada Masjid ini dipanggil Qubbatul Khadhra’. Kubah hijau ini menaungi makam Rasulullah S.A.W bersama mertuanya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. Namun, korang ada perasan tak pada kubah hijau ni ada bintik hitam setipa kali gambarnya diambil. Korang rasa apakah bintik hitam tu agaknya?

Yang jawab dengan betul, tahniah. Bagi yang tak tahu meh edy bagitau korang. Sebenarnya bintik hitam pada kubah hijau tu adalah sebuah kubur. Macam mana pulak boleh ada kubur kat atas kubah tu? Jom baca sekejap kisah yang diceritakan oleh seorang tokoh sejarawan Madinah al-Munawwarah. 

Kata-kata Syeikh Az-Zabidi, ahli sejarah di Madinah Al-Munawwarah,: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”

Itulah antara kisah yang edy dapat kongsi dengan korang. Benar atau tidak, wallahualam. Dan kalau ada di antara korang yang ada bukti tentang kubur di atas kubah ini, jangan segan silu untuk berkongsi dengan edy kat sini ya. Kat bawah ni edy sediakan beberapa gambar dan satu video untuk tontonan korang. Semoga kisah kat atas ni bagi pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Amin.







KL Dilanda Banjir Kilat, Terowong SMART Gagal Berfungsi

$
0
0
Objektif utama terowong SMART bernilai RM2billion ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan UMNO/BN, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang tadi 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
“Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,”
Jelas sekali pembinaan terowong SMART bernilai RM2billion masih gagal untuk menyelesaikan masalah banbjir kilat sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini mengepa perlunya kerajaan membelanjakan sebegitu besar untuk pembianaa terowong SMART.

TERKINI - "Saya Diupah PKR Perangkap Mustapha Ali" - Wanita Dalam Video Seks

$
0
0




Lagi Gambar Dan Video

GUA CUMA BOLEH CAKAP
PAS BODOH!!!


Gomo simpati kepada Mustapha Ali kerana beliau sebelum ini merupakan orang yang paling lantang dalam mendesak agar PAS dan UMNO bersatu dalam kerajaan Perpaduan. Beliau merupakan orang yang cukup baik kerana beliau juga waktu ini sedang mengatur untuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi orang tengah antara perpaduan PAS dan UMNO.


Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana
PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai
Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin
yang bermasaalah moral.

Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan
Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri
Jika Pakatan Menang PRU 13 ini.

Psssttt... Sedarlah wahai puak puak PAS, siapa PKR tu jangan jadi BODOH!

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Isteri Allahyarham Yahya Sulong Meninggal

$
0
0
Datin Alisah Ali

PETALING JAYA – Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dua bulan selepas kematian suaminya pelawak Datuk Yahya Sulong.
Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi mStar Online pagi Jumaat.
Alisah, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.
Jenazah Allahyarham akan dibawa di Masjid Bandar Baru Sentul dekat sini untuk disembahyangkan.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 10.30 pagi, pihak keluarga masih belum menetapkan lokasi pengebumian Allayarham.
Suami beliau meninggal dunia di hospital yang sama pada 6 Februari lalu akibat komplikasi pebagai penyakit termasuk asma.

Video Nama Nabi Muhmmad S.A.W Muncul Dilangit,

$
0
0


Semasa Majlis Sambutan Maulid pada malam 12 Rabiul Awwal pada tahun 2007, Sheikh Dr Tahir ul-Qadri sedang berucap dihadapan berjuta-juta orang mengenai rahsia di sebalik nama محمد yang diberkati. Ketika beliau sedang menjelaskan tentang rahsia tersebut, beliau menulis perkataan ini beberapa kali di udara dengan jarinya dan berkata:

"Saya harap saya mempunyai papan untuk menulis perkataan ini di atasnya, supaya saya boleh menjelaskan tentang bentuk perkataan ini dan bagaimana ia sepadan dengan Haqiqat e Muhammadiyya."

Selepas daripada itu, tiba-tiba satu perkara yang sangat pelik berlaku. Nama "Muhammad" yang tertulis dalam bahasa Arab seolah-olah terbentuk pada awan. Perkataan itu begitu jelas dan tiada siapa yang boleh menafikan kewujudannya. Beratus-ratus ribu menyaksikan adegan ini hidup di Minar-e-Pakistan, Lahore.

Subhanallah,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

video ini dirakam, sila tengok :



Tuan Tabib Saifuddin Nasution Ramalkan Anwar Ibrahim Dalam Bahaya

$
0
0


Bahaya dan sememangnya bahaya apabila Anwar Ibrahim menerima ugutan dari pihak pihak tertentu yang mana membahayakan nyawa Anwar Ibrahim menjelang PRU 13 ini.


Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat ‘ugutan serius’ terhadap keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” 


Wow Saifuddin Nasution sekali lagi sudah dapat membayangkan akan ugutan yang bakal diterima oleh Anwar Ibrahim. Hebat Saifuddin Nasution ini memang cukup hebat sama seperti kenyataan beliau minggu lalu bahawa ada video seks pemimpin Pembangkang akan disebarkan yang mana semalam kita dapat lihat bahawa Mustapha Ali mangsa video seks yang sudah tersebar ke serata tempat.


Pelik Bin Ajaib, bagaimana Saifuddin Nasution boleh mengetahui segala galanya lebih awal? Bagaimana beliau cukup hebat melangkaui masa dengan memberikan amaran terlebih awal itu dan ini yang mana amaran beliau kemudiannya berlaku sepertimana yang dialami oleh Mustapha Ali?

Anwar Ibrahim terima ugutan kata Saifuddin Nasution dan Gomo sendiri mengakui memang ada memberikan UGUTAN kepada Anwar Ibrahim untuk berundur dari pentas politik kerana dalam ugutan Gomo jika Anwar Ibrahim tidak berundur maka paparan video aksi seks beliau bersama mahasiswa akan didedahkan untuk tatapan rakyat Malaysia.

Mustapha Ali adengan seks beliau bersama seorang wanita tetapi Anwar Ibrahim ini adengan seks nya bersama seorang Lelaki muda yang mana cukup jelas dan memualkan rakyat Malaysia untuk memberikan simpati ataupun ehsan kepada Anwar Ibrahim.

Apa agaknya gimik terbaru dari Anwar Ibrahim ini demi meraih simpati rakyat keatas dirinya? Gomo nak pamerkan serba sedikit lakonan bermutu rendah dari Anwar Ibrahim khas buat tatapan rakyat Malaysia agar sedar dan terus sedar manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Lakonan Anwar Ibrahim didalam penjara Sg Buloh sewaktu beliau menjalani hukuman penjara diatas kesalahan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA. Lihat dan renungkan lakonan terbaik Anwar Ibrahim.

Video diatas adalah lakonan beliau ketika waktu lalu yang mana jika kita ingat kenyataan Anwar Ibrahim sewaktu beliau dipenjarakan beliau menyatakan bahawa beliau telah cuba dibunuh oleh Tun Dr Mahathir melalui beberapa insiden. Antaranya:

Diracun Arsenik
Disuntik Darah HIV
- Laporan Penuh Penipuan Anwar Ibrahim 1998 Hingga 2008 KLIK DISINI

Anwar Ibrahim sememangnya cukup hebat berlakon dalam menipu rakyat Malaysia dan Gomo juga sudah cukup kenal dengan Anwar Ibrahim ini hasil dari apa yang Gomo selidiki dan menjalankan siasatan terperinci apa yang dilakukan Anwar Ibrahim ini.

Anwar Ibrahim lari bersembunyi di kedutaan Turkey pada tahun 2008 kononya menerima ugutan BUNUH walhalkan kita semua tahu bahawa beliau melarikan diri daripada Saiful Bukhari yang telah membuat laporan polis beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Lihat pula gambar gambar dibawah ini:





Hebat bukan? Hebat dan mantap lakonan Anwar Ibrahim dna ini yang belum ada lagi pada pemimpin pemimpin politik hari ini yang mampu untuk menandingi kehebatan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Apa sekalipun ANwar Ibrahim siap sedia di Permatang Pauh pada PRU 13 ini kerana musibat besar akan melanda Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga akan memberikan kesan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada seluruh keluarga dan juga keturunan Anwar Ibrahim.

Propaganda dan rekayasa diancam bunuh menjelang PRU 13 ini adalah satu dongengan yang lapok kerana kita sudah boleh tahu apa yang akan dilakukan Anwar Ibrahim menjelang PRU 13 nanti demi meraih undi simpati ke atas dirinya.

Saifuddin Nasution kini boleh disamakan dengan TABIB kerana sudah boleh meramalkan apa yang akan berlaku. Mustapha Ali sudah pun menjadi mangsa dan kini kita tunggu siapa pula mangsa seterusnya yang akan menerima aib hasil dari pertelagahan mereka sesama pakatan Pembangkang.

Psssttt... Rakyat usah jadi bodoh dengan cubaan Anwar Ibrahim meraih simpati.

Tahniah! Fasha Sandha Selamat Bersalin Pagi Tadi

$
0
0
Tahniah kami ucapkan pada Fasha Sandha dan keluarga.
Akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selebriti yang juga merupakan isteri kepada Jejai, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi.
Berita ini telah disampaikan melalui laman Facebook peminat, We Love Fasha, sebentar tadi.
Screen Shot 2013-04-15 at 11.46.46 AM
Jejai turut meluahkan rasa bersyukurnya melalui laman Twitter rasminya.
Screen Shot 2013-04-15 at 11.51.54 AM
Bagaimanapun, masih belum ada laporan lengkap tentang nama bayi mereka yang baru saja dilahirkan ini.
Untuk pengetahuan, ini merupakan anak pertama Fasha Sandha dan juga anak kedua bagi Jejai atau pun Rizal Ashram. Dia sebelum ini pernah mempunyai anak lelaki hasil perkongsiannya bersama bekas isteri iaitu Nora Danish.
Jejai dan Fasha telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 April 2012.

Pengarah Hanya Mahu Ketengahkan Cara Berkasih Sayang – Nora Danish

$
0
0
Nampaknya kontroversi babak intim antara Rusdi Ramli dan Nora Danish di dalam filem Mencari Cinta masih lagi menjadi topik hangat dunia hiburan. Yang pasti, ramai yang terkejut dengan aksi berani yang dipamerkan oleh kedua-dua pelakon ini. Malah ada yang menyatakan mereka berdua tidak berbaju ketika melakonkan adegan tersebut.
nora danish mencari cinta
Namun Nora Danish menerusi Metro Ahad semalam memberitahu yang dia tidak merasakan ada babak melampaui batas selepas menonton filem tersebut. Kata Nora Danish:-
Selepas menonton filem itu, saya tidak nampak di mana babak menunjukkan apa yang kami lakukan melampaui batas. Yang saya lihat, pengarah mahu ketengahkan cara berkasih sayang selepas berkahwin. Untuk menonjolkan perkara itu, ia diterjemahkan menerusi bahasa tubuh.
nora danish
Malah Nora Danish menafikan spekulasi yang dia tidak berbaju ketika membuat rakaman babak tersebut. Kata Nora lagi:-
Apa jua tanggapan yang dibuat, ia tidak pernah berlaku dan semuanya dilaksanakan dengan menggunakan teknik kesan khas dan gerak badan. Apa yang dipaparkan sesuai dengan jalan cerita. Sebagai pelakon, tentu saya juga memikirkan sensitiviti penonton. Andai apa yang diminta pengarah untuk kami lakukan itu saya rasa tidak masuk akal atau keterlaluan, tentu saya akan menolak.
nora danish
Dengar khabarnya, Rusdi Ramli ini turut kecewa kerana isu ini diberikan fokus untuk publisiti filem ini. Dilaporkan yang Rusdi Ramli tidak hadir ketika majlis pra tonton filem Mencari Cinta kerana kekecewaan tersebut. Semoga selepas ini mana-mana pelakon akan membuat timbang tara sebelum melakonkan adegan sebegini.

TERKINI !!!! VIDEO KES BULI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

$
0
0



Selepas kejadian Video Buli SMK Tun Hussein Onn di Pulau Pinang, kini salah sebuah Kolej Vokasional di miri Sarawk pula menjadi isu. Apa yang berlaku sebenarnya masih tidak di ketahui. Tapi ini berlaku di sekolah asrama dan di saksikan lebih dari 20 orang pelajar yang hanya menjadi penonton.

Jadi pelajar yang berdisiplin bukan gangster sekolah. Anda akan menyesal kelak.



Foto Nabila Dan Nas-T Bercuti Di Bali

$
0
0
Pelakon yang baru saja mengenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Nabila Huda Suhaimi dan kekasihnya, Nas-T sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Percutian selama tiga hari dua malam itu mungkin merupakan salah satu cara untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi selain bertujuan untuk meraikan kemenangan Nabila pada majlis Anugerah Bintang Popular yang lalu.
Nabila memang dikenali sebagai seorang yang suka mengembara malah pada tahun lalu dia sudah melancong ke pelbagai tempat menarik seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom dan Itali.
Semoga hubungan yang semakin mekar berkembang ini bakal dimeterai dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi memandangkan pasangan ini dilihat serasi serta sangat sepadan bersama.

SARAWAK - Senarai Penuh Calon BN PRU13

$
0
0

Ini merupakan senarai calon-calon BN bagi Negeri Sarawak :



P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDP

P.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBB

P.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBB

P.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPP

P.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPP

P.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBB

P.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBB

P.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPP

P.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBB

P.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBB

P.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRS

P.203 Lubok Antu - William @Nyallau Anak Badak - PRS

P.204 Betong - Dauglas Unggah Embas -PBB

P.205 Saratok - William Mawan Ikom - SPDP

P.206 Tanjung Manis - Datuk Norah Abd Rahman -PBB

P.207 Igan - Datuk Wahab Haji Dollah -PBB

P.208 Sarikei - Ding Kuong Hing -SUPP

P.209 Julau - Joseph Salang Anak Gandum -PRS

P.210 Kanowit - Ago Anak Dagang - PRS

P.211 Lanang - Datuk Tiong Thai King -SUPP

P.212 Sibu - Vincent Lau Lee Ming -SUPP

P.213 Mukah - Datuk Seri Dr Muhd Leo Michael Toyad -PBB

P.214 Selangau - Joseph Entulu Anak Blaun -PRS

P.215 Kapit - Datuk Alexander Nanta Linggi -PBB

P.216 Hulu Rajang - Ugak Anak Kumbong -PRS

P.217 Bintulu - Datuk Seri Tiong King Sing -SPDP

P.218 Sibuti - Tuan Haji Ahmad Lai Bujang -PBB

P.219 Miri - Datuk Sebastian Ting -SUPP

P.220 Baram - Anyi Ngau - SPDP

P.221 Limbang - Hasbi Habibollah - PBB

P.222 Lawas - Henry Sum Agong- PBB

Mesti Baca!!! Senarai Penipuan Oleh Serikandi PKR

$
0
0

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak.  


Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka.  





Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti. Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah.


Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah:

1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan.

Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas. Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian. Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor.

2. Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya.  

Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan. Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara ‘mengikis’ Petronas. Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara ‘mengikis’ Petronas.

Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato’ Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion..

Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan. Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua.






3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi. Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan.

Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu.

Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu. Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF.

Tidak cukup dnegan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu. Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa.

Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina. Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung.

4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO. Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai. Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri.

Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam ‘jentera pembikin VCD lucah’ yang sama?

5. Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya. RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah.

Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula. Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak? Dari langit? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari? Dan untuk apa?

6. Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar. Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim.

Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja.


Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan. Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato’ Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang.

Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata.

Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat ‘homework’? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit?

Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi – Aliff Aziz

$
0
0
Nampaknya Aliff Aziz sudah kecewa dengan hubungannya bersama Adira sehingga tidak mahu lagi nama tersebut dikaitkan dengan dirinya. Ini semua gara-gara luahan perasaan yang telah dikeluarkan oleh Aliff Aziz menerusi Twitternya baru-baru ini.
aliff aziz
Rata-rata menyatakan nama a***a itu merujuk kepada Adira. Admin dapat rasai kekecewaan Aliff Aziz. Nak buat macam mana, cinta bukannya boleh dipaksa. Yang penting kalau kena rejek kita move on. Jangan kecewa lama-lama. Kata Aliff Aziz kepada Media Hiburan:-
Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya.
aliff aziz
Diharap kali ini Aliff Aziz betul-betul fokus kepada kerjaya. Jangan tak sampai sebulan dua tup-tup dah ada cerita awek baru pulak. Kang orang naik muak dibuatnya. Sementara masih laku di pasaran ini, lebih baik Aliff Aziz kumpul duit banyak-banyak untuk bekalan. Tak gitu?

Rosmah sangkal dakwaan campur tangan pemilihan calon !

$
0
0

SHAH ALAM - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN).


        Rosmah berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.
           
        "Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.
           
        "Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demonstrasi Masakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.
           
        Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzaman Johari.
        
        Dalam ucapannya pada majlis itu, Rosmah menggesa semua isteri calon yang bertanding atas tiket BN supaya mengambil langkah proaktif dan memberi sokongan dengan turun padang menemani suami masing-masing berkempen.
           
        Beliau berkata, sokongan penuh yang diberi kepada calon yang bertanding secara tidak langsung mampu memberi kemenangan bukan sahaja kepada calon itu tetapi juga kepada BN.
           
        "Saya minta isteri yang suaminya menjadi calon supaya turut sama menyibukkan diri berkempen untuk suami masing-masing.
           
        "Dengan adanya kerjasama dan sokongan bersepadu daripada pelbagai pihak, kita (BN) mampu pertahankan kepimpinan di negara ini termasuk mengambil semula Selangor daripada (pakatan) pembangkang," katanya.
           
        Rosmah turut mengingatkan suri rumah agar sentiasa menyajikan makanan yang seimbang kepada keluarga kerana rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat.
           
        "Saya menyeru kepada para ibu sekalian, sebagai suri rumah tangga kita harus bijak mengatur pemakanan keluarga supaya mereka sihat sejahtera," katanya.

Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Bumi Gaza!

$
0
0


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52)

Ketua Umum Pakatan Rakyat Hina Masyarakat Tambun !

$
0
0
 
Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?  

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.  

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.  

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.  Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.   Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.  

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding?  Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.  Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.   Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.  

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.  Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.  

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia.  Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.  

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.  Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri? 

diana diserang kerana mengaku serah dara

$
0
0

Lelaki tak guna. Dah dapat dara aku tinggalkan aku. Thanks sebab hilangkan dara aku ok. Khas untuk haziq.
Dem. Berlakon jadi mangsa plak budak neh. Hey ko pun dapat sedap gak kan? Takyah arh meroyan marahkan haziq. Kalau ko taknak jadi kes rogol. Tapi disebabkan ko nak + haziq nak = jadi seks bebas = zina.
Berani pula tue terang2 mengaku berzina dengan haziq. Lepas tue dok kecoh kat twitter suruh orang fahami dia. Alamak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii oke. Oke. Aku boleh faham ko.

Wakaka.

So baby diana yang comel lote. Meh sini meh. Meh aku tolong ko. Aku faham ko. Tapi dalam pada itu ko kena faham juga lumrah alam. Benda neh melibatkan keaiban ko le. Cover sikit nak mengaku takde dara ke apa ke.

Buat la fake profile nak kutuk2 haziq sekalipun. Letak gambar dia dan titik dia kaw2. Bagitau satu dunia, inilah jantan yang hilangkan dara seseorang. Dan seseorang itu pun rela dara dia dihilangkan. Selepas dia rela lagi dia meroyan bila kena tinggal. Dasar mengungkit. Ikhlas ke tak ko tue? Hehe.

Oke. Oke. Aku gurau je. Yang sebenarnya itu bukan cara nak melepaskan dendam plus sakit hati ko.

Sepatutnya ko jangan la gtau kat sesapa ko dah main dengan sekian2 lelaki itu ka lelaki ini ka. Benda neh private life ko oke. Belajar la rasa malu.

Bab haziq tue kalau ko tak boleh contact, contact juga sampai dapat. Mesti ko tahu kat mana dia tinggal kan? Rumah dia, rumah family dia, no telefon member2 dia, tempat kerja dia dan sebagainya. Takan ko beromen dengan seseorang yang ko baru kenal dan tatau apa2 pasal dia plak?

Mestilah dah kenal2 kan. Jadi cari dia dengan cara itu. Dan lagi satu aku nak tanya, ko boleh bagi no telefon mak ko tak? Bapa ko pun oke. Ataupun member2 ko. Tak kisah la sapa2 pun. Pasal aku nak contact keluarga ko untuk tarbiah ko.

Aku kesian kat ko. Sampai nak bunuh diri tue yang tak boleh blah tue. Pasal putus cinta je pun. Nak marah rasa cam serba salah. Taknak marah rasa cam geram. So keputusannya kena cari jalan untuk ubah sikap ko neh. Kalau la jakim boleh menahan seseorang bila dia mengaku dia berzina.. kan bagus. Lue fikirlah sendiri. Bai.



4 Foto Pakaian Rabecca Islam Yang Menjadi Perhatian

$
0
0


Rebecca Islam sekali lagi menjadi tumpuan selepas memuatkan gambar yang agak daring di instagramnya.Nak tau daring ke tak.Jom tgk..




EKSKLUSIF!!! Gambar2 Rampasan Perang Pengganas Sulu

$
0
0

Dompet Yang Diisi Tangkal Dipercayai Ajaran Sesat



Antara Senjata Musuh Yang Dirampas




Senjata yang digunakan pengganas untuk menetak, mengerat dan menyiksa 
anggota keselamatan yang cedera



Seluar Dalam Putih Dan Tangkal 



Pakaian Perang dan Senjata



Senjata Yang Ditinggalkan Pengganas



Senjata Buatan Sendiri (Diubahsuai)


Pakaian Ditinggalkan Di Lokasi Persembunyian


Terkini Video Nas-T dan Nabila sedang bercuti di Australia

$
0
0
Nabila Huda & Nas-T


Sebentar tadi, Nabila Huda telah memuat-naik sebuah video Keek dimana dia dan Nas-T sedang bercuti di Australia.

Menerusi video tersebut, mereka berdua kelihatan bahagia bersama dan kalau dikira masanya, kini mereka sedang berada di Gold Coast selepas menghabiskan masa di Sydney Opera.

Namun, apa yang menarik perhatian Admin! ialah pada dialog terakhir mereka. Nabila tiba-tiba bertanya pada Nas-T, “Sayang saya tak?”
Wahhh, bukan main ‘sweet’ lagi pasangan ini ya. Para peminat turut sama meluahkan rasa gembira melihat hubungan cinta antara Nabila dan juga Nas-T.
Apa pun, semoga Nabila Huda dan Nas-T cepat membawa perkara gembira ini ke jinjang pelamin. Biasalah, takut nanti awal-awal elok dipandang, lama kelamaan ada pula yang mengata. Kan.

Jom tengok video Keek mereka berdua selepas ini!




Viewing all 1229 articles
Browse latest View live