Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

Miliki cincin mewah: Rosmah perjelas dakwaan !

0
0

KOTA BHARU - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata fitnah kononnya beliau memiliki cincin mewah adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin.
        
        Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.
        
        "Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana. 


"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," 

 katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini, hari ini.
        
        Rosmah sebelum ini ditohmah kononnya memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit.
        
        Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011.

YB DAP MENGHINA AZAN SUBUH DAN MEMBANTAH MASJID DIBINA DI SABAH!

0
0
 

Video YB DAP HINA AZAN SUBUH BANTAH MASJID DIBINA di Tawau, Sabah ini menjadi sensasi kerana sebelum ini, tiada persoalan sedikitpun mengenai komuniti islam di sana.
TONTON VIDEO YB DAP MENGHINA AZAN SUBUH DAN MEMBANTAH MASJID DIBINA DI SABAH DI BAWAH.

Ini lah yang mahu disokong oleh PAS. Yb yang menghina Azan subuh dengan mengatakan …. Kepada Umat Islam Seluruh MALAYSIA, Sedarlah bahawa Tahluf Siyasi PAS adalah salah, mereka bersyubahat dan bersahabat dengan orang yang menentang pembinaan Masjid dan menghina Azan. Atas sebab inilah saya keluar dari PAS. Sokonglah mereka yang Membina Islam, bersaudara dengan Islam lain, bukan yang menghanchurkan Islam. kepada semua saudara Islam di Tawau, mahukah anda buat silap pada 5 Mei ini?

AKHIRNYA!!! Pensyarah 'nodai' Izzah akan diambil tindakan - Wan Azizah

0
0


Mula-mula keluarnya isu ini, kami kurang pasti dengan sumbernya. Maklumlah, kalau bab video-video kurang sopan ini, pecacai pembangkang akan katakan ianya kerja UMNO walaupun pelakonnya bukan dari golongan UMNO.

Tapi apabila klip video tersebut dimuat naik ke dalam sebuah blog, gambarnya pula agak kabur. Faktor-faktor sebegini akan menjadi bahan untuk pecacai mengatakan ianya satu pembohongan dan lakonan.

Namun pada hari ini, (mengikut tarikh posting), di blog Presiden Parti Keadilan, Wan Azizah telah menegaskan bahawa satu tindakan undang-undang akan diambil ke ats pensyarah yang melakukan perkara keji tersebut ke atas anaknya!

Anda boleh rujuk SINI atau lihat print screen di bawah.



Wan Azizah menyalahkan pensyarah tersebut yang telah mengambil kesempatan ke atas anaknya yang masih mentah pada ketika itu. Mentah? Dah masuk universiti kalau tak boleh nak berfikir secara matang dan mentah, kami kurang pasti pula akan hal tersebut.

Entahlah, terlalu banyak perkara-perkara yang terlarang sedang tersebar sekarang. Kalau di laman sosial FB, macam-macam fitnah ke atas BN dimuat naik dengan penuh teratur dan mengikut jadual. Grafik yang direka, di dakwa hasil kerja BN kemudian terus disebar dalam FB...

Moga Tuhan memberi petunjuk kepada mereka-mereka yang berbuat demikian!



Subhanallah! Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

0
0

 
Masih ingatkah anda apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah r.a? Rasulullah s.a.w menggelar Saidatina Aisyah r.a dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. 

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan siapakah pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. 
 
Subhanallah Maha Suci Allah, Cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya?

Lana Nordin Melenting Ditegur Kerana Seksi Di Instagram?

0
0

Nama pelakon Lana Nordin dengan perkataan seksi sememangnya sinonim. Lana bukan saja suka berpakaian seksi, dia juga memuat naik gambarnya berpakaian seksi ke Instagram.

Berikutan satu gambar seksi Lana yang dimuat naik olehnya sendiri ke Instagram, dia telah ditegur oleh peminat yang menganggap pakaian yang dipakainya agak keterlaluan. Mungkin marah dengan teguran tersebut, Lana telah menjawab dia memakai apa yang dia suka, dan suka hatinya juga nak pakai apa pun.

 
Adatlah kalau meletakkan gambar yang tidak selari dengan norma masyarakat, pasti ada yang hendak menegur. Diharap Lana bersabar dan menerima kritikan dengan fikiran terbuka. Ialah, bak kata orang, berani buat, berani tanggung, bukan begitu?
Kami pernah melihat komen pembaca yang lebih teruk, malah ada yang bersifat meghina di laman Instagram artis, tetapi artis berkenaan santai saja, siap berterima kasih lagi.
Apa pendapat anda berkenaan perkara ini? Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

LIVE Keputusan Terkini PRU13 Dari MalaysiakiniTV...

0
0

Meh tengok live keputusan kat sini ... ramai2 kita tengok siapa yang kena ... jangan lupa share kat rakan2


Foto Ella Tunaikan Umrah

0
0
Ella menunaikan umrah 1
Pada 21 April lalu Ratu Rock tempatan, Ella baru sahaja menjejakkan kakinya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama suami dan keluarga tercinta.
Nampaknya sepanjang berada di tanah suci tersebut, Ella dan kakaknya, Jojie telah sempat merakamkan beberapa detik indah mereka menerusi laman Instagram masing-masing.
Menurut Jojie, hatinya merasa sungguh tenang tatkala menjejakkan kaki ke dalam Masjid Nabawi, Madinah sewaktu ingin menunaikan solat Asar di sana.
Asar di Masjid Nabawi, Madinah yg INDAH sungguh! Subhanallah.. Hatiku tenang.. Alhamdulillah ..
Ella menunaikan umrah  9Ella & Jojie menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
Ella menunaikan umrah  12
Jojie & Shahrizan Melawat Jabal Magnet, Madinah.
Ella menunaikan umrah  11
Penampilan Ella kelihatan sungguh manis dan sopan berpurdah.
Ella menunaikan umrah  13
Saat manis Jojie sewaktu di Jordan.
Ella menunaikan umrah  10
Ella sempat merakamkan detik indah bersama suami tercinta.

Kalah tetap bersyukur sambil meraikan kekalahan di majlis kenduri!!

0
0
Penyanyi era 80-an Herman Tino akan mengadakan sebuah majlis kesyukuran bagi meraikan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar pada 5 Mei lalu.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, dia turut menjemput kesemua 340 pengundi yang mengundinya ke majlis tersebut bagi menghargai sokongan mereka walaupun tewas.

"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya. "Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan," jelasnya ketika dihubungi
mStar Online pada Isnin.


Noh menang dengan majoriti besar apabila memperolehi 20,548 undi manakala lawannya Mohamad Rashdi Deraman (PAS) memperolehi 16,154 undi manakala Herman Tino 340.



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' itu turut hilang wang pertaruhannya sebanyak RM10,000.



Dalam pada itu, Herman Tino berkata, beliau menerima hakikat kekalahannya kerana tahu telah bertanding secara jujur walaupun membuat keputusan itu pada saat-saat akhir.



Jelasnya, walaupun hilang wang pertaruhan dia berbangga dan bersyukur kerana rakan-rakannya yang membantunya untuk membayar wang berkenaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan dan terus menyokongnya.



"Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya," jelasnya.



Tambah Herman Tino, beliau akan terus memperjuangkan kepercayaannya dalam politik sebagaimana beliau bersungguh-sungguh semasa mencipta nama sebagai penyanyi.



"Seperti mana bidang nyanyian begitu juga dengan politik. Saya tidak main-main dan akan terus memperjuangkan kepercayaan saya. Insya Allah jika ada rezeki saya akan bertanding lagi," katanya.

Ashraf Muslim Akui Rumahtangga Ada Isu, Enggan Komen Dakwaan Kahwin Dua

0
0

Peminat hiburan di forum Cari baru baru ini kecoh dengan satu dakwaan bahawa Ashraf Muslim ada berkunjung ke mahkamah syariah ini untuk membuat permohonan berkahwin dua dengan izin isteri pertama.

Gosip tersebut juga menyatakan yang Ashraf Muslim mengambil keputusan untuk berkahwin lain kerana beliau tidak mempunyai zuriat sehingga ke hari ini bersama isteri, Noor Dayana.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Ashraf Muslim mengakui ada berkunjung ke mahkamah syariah tetapi enggan mengulas lanjut tentang motif atau tujuan beliau berbuat demikian.

Namun, Ashraf Muslim tidak menafikan yang rumahtangga beliau bersama Noor Dayana kini mempunyai isu tetapi tetap menepis untuk menjawab dakwaan yang beliau ingin berkahwin lain.

“Saya tidak perlu cakap — memang ada isu tetapi saya tidak boleh cerita sekarang,” ujar Ashraf Muslim ringkas.

BOBO KINI ARTIS NAUNGAN MIG?

0
0
Bobo
Kuasa laman perkongsian Youtube nyata membawa tuah buat Bobo apabila dia kini dilaporkan secara rasmi telah menjadi ‘talent’ atau artis di naungan syarikat Metrowealth International Group (MIG) yang dimiliki Mejar David Teo.
Perkara ini berikutan terdapat sekeping gambar yang dikongsikan Bobo bergambar dengan David Teo bersama-sama dokumen yang mungkin mengandungi kontrak buatnya itu.
Nama Bobo menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia selepas videonya meniru gerak bibir serta menari sakan mengikut alunan lagu Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Shae tersebar di laman Youtube.
Selain video Sayang, Bobo juga pernah membikin video lagu Stay nyanyian Rihanna dan Teman Pengganti yang dipopularkan oleh Black dan Malique.
Tahniah diucapkan buat Bobo dan semoga bakatnya yang terpendam dapat dicungkil dengan baik oleh pihak pengurusannya nanti.

Bergaduh Dengan Awek Sebar Video Lucah Mereka Kepada Jiran!

0
0
Lagi Seks Remaja,Tapi Ni Lagi Canggih....Bagi Remaja Pompuan Tu Jangan Sedih Sekolah Harapan Disediakan Untuk Anda



Seorang remaja lelaki di Melaka mengedarkan video klip yang memaparkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, seorang remaja bawah umur kepada beberapa individu di sebuah kampung di Kampung Pengkalan di Alor Gajah lapor Daily Chili.

Menurut sumber, budak lelaki itu, berusia 16, bertindak mengedarkan klip berikut selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Antara individu yang menerima klip tersebut melalui perkhidmatan multimedia (MMS) termasuklah jiran keluarga teman wanitanya dan pemimpin masyarakat di kampung tersebut.

"Apabila saya melihat klip tersebut, saya memutuskan untuk memberitahu ibu bapa remaja perempuan itu. Saya rasa remaja lelaki itu mengedarkan klip itu dengan sengaja kerana marah terhadap teman wanitanya," kata seorang penduduk yang merupakan kenalan kepada ibu bapa remaja perempuan terbabit.

Klip video itu didakwa dirakam ketika pasangan itu mengadakan hubungan hubungan seks di sebuah hotel bajet di Melaka beberapa bulan lepas.

Difahamkan ibu remaja perempuan berusia 39 tahun menerima klip tersebut pada pukul 8:00 malam pada hari Selasa dan terkejut melihat anaknya yang melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya.

Remaja perempuan itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel. Susulan itu, ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis pada hari yang sama

Video Sharifah Sakinah Sebut Warna Bra, Spender ???

0
0

Menerusi laman Keek Anzalna beberapa jam yang lalu, seorang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri Bunga Merah Punya, Sharifah Sakinah telah memuat naik rakaman video yang sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak.

” Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.”

Ekoran daripada itu, ada segelintir peminat melabelkan Sharifah Sakinah sebagai seorang pelakon yang teruk perangainya.

Persoalannya, adakah Sharifah Sakinah sedar bahawa video seperti bakal mengundang kritikan penonton? Atau, memang berniat nak mencipta populariti murahan semata-mata?

Anda tonton dan nilaikan sendiri.

Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut

0
0
Susah juga jadi pelakon terutamanya buat wanita. Nak pakai tudung pun ada kekangan daripada segi bab tawaran berlakon. Namun usaha Lisdawati untuk menutup aurat seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya Lisdawati sudah ada usaha untuk berubah ke arah kebaikan. Itu yang penting.
lisdawati
Walaupun sudah berimej baru, Lisdawati masih menerima tawaran berlakon yang menampakkan rambut. Kata Lisdawati kepada portal Murai:-
Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.
lisdawati
Susah kan jadi pelakon? Admin memang akan menghalang anak admin menjadi pelakon walaupun mendapat tawaran menjadi hero filem. Tambah Lisda lagi:-
Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.
lisdawatiPerlahan-lahan berubah pun dah kira okay. Mungkin tahun ini masih terima tawaran yang menampakkan rambut. Tahun depan tak perlu dah. Slow-slow. Yang penting berubah. Apa pun tahniah kepada Lisdawati atas perubahan ini.

Emma Maembong Rampas Kekasih Uqasha Senrose?

0
0
Tiada angin, tiada ribut, tersebar pula gosip tidak masuk akal tentang Emma Maembong yang dikatakan merampas kekasih Uqasha Senrose, Ally sehingga mereka berdua tidak bertegur sapa sejak hujung minggu lepas.

Terkejut dengan gosip liar berkenaan, Emma Maembong telah tampil membuat penjelasan melalui akhbar kosmo semalam dengan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Berikut ialah penjelasan beliau.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu yang Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.”

13 Mei : Sejarah Penting Malaysia Yang Dilupakan

0
0

Rusuhan Kaum Tragedi 13 Mei : Sejarah Penting Malaysia Yang Dilupakan
  
Ingat lagi kata-kata guru Sejarah saya dulu, Tragedi 13 Mei adalah sejarah penting Malaysia yang tersimpan rapat dalam lipatan sejarah. Saya sedar peristiwa ini merupakan satu taboo yang masih belum boleh disentuh oleh rakyat Malaysia. Tapi jika dilihat daripada sudut yang positif, pasti ada pengajaran yang kita dapat perolehi daripada tragedi ini. Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab dan di sebaliknya pasti ada hikmah!



Saya hanya mahu berkongsi aspirasi dan pengajaran yang kita semua boleh perolehi daripada peristiwa malang ini. Di pihak masing-masing, ternyata berlaku kerosakan yang amat dahsyat. Justeru itu, peristiwa ini merupakan titik tolak untuk kita sama-sama lebih  hormat menghormati antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Rusuhan Kaum Tragedi 13 Mei : Sejarah Penting Malaysia Yang Dilupakan


Pengajaran
1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.  Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.  

2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana
Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana! 

3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". 

4. Betapa Pentingnya Kesatuan  
Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat berpencak.. 


p/s : Cukup anti dengan orang yang mengaku rakyat Malaysia, tapi langsung tak pandai cakap Bahasa Malaysia. Orang Malaysia lah sangat kan?

SHARIFAH SAKINAH: HANYA ORANG TERDEKAT FAHAM MAKSUD VIDEO KELUCAHAN ITU

0
0


“Video itu hanya sekadar gurauan antara saya dan rakan-rakan. Jika ada pihak yang kurang senang dengan penyebaran video tersebut, saya minta maaf,” ujar pelakon Sharifah Sakinah ketika mengulas mengenai kontroversi video yang dimuat naik olehnya menerusi akaun Keek milik pelakon Anzalna Nasir minggu lalu.


p/s : Gurau kasar tu dik

Video berbaur lucah bertajuk ‘Sharifah Sakinah, Apa Kes?’ itu telah mengundang kemarahan ramai, di mana rata-ratanya menganggap tindakan pelakon drama bersiri ‘Bunga Merah Punya’ di TV9 itu cuba meraih publisiti murahan dengan melakukan perbuatan yang kurang cerdik dan tidak
bermoral. Adik kepada Sharifah Shahirah ini juga dikecam teruk apabila sebelum ini pernah memuat naik video bertajuk ‘Saya Sebenarnya Pondan’.


“Di sebalik video itu ada kisah yang tersendiri. Orang di luar sana dah salah faham mengenai isu ini. Saya hanya mahu menyakat rakan saya, itu saja. Mungkin mereka marah sebab terkejut bila saya buat macam itu, al-maklumlah mana ada artis lain yang berani buat macam itu lagi,” ujar Sakinah sambil mengulas tindakannya menggodam akaun Keek milik Anzalna.

“Memang saya guna telefon bimbit Anzalna. Sewaktu merakamkan video tersebut, Anzalna turut berada di sisi saya kerana ketika itu kami sedang berehat dari menjalani sebuah penggambaran drama. Malah, dia sendiri yang memadam video tersebut selepas dimuat naik. Apapun, seperti yang saya katakan tadi, hanya rakan terdekat seperti Anzalna dan Syazwan Zulkifli saja yang faham maksud video tersebut.”

Tambah pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini lagi, “Sejujurnya, tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang benda ini boleh jadi isu sebab itu memang cara saya. Saya memang suka menyakat kawan-kawan dan dari dulu lagi perangai saya memang nakal, dah tak boleh ubah.

“Itu adalah cara saya dan saya sudah biasa berperwatakan gila-gila. Lagipun, bukannya saya tunjuk ‘bra’ saya pada umum. Saya tak menyesal dengan apa yang berlaku kerana saya tetap jadi diri saya sendiri. Walau bagaimanapun, sekali lagi saya mohon maaf andai ada yang kurang senang dengan cara saya ini.”

Pelakon Afiq Muiz nafi derhaka kepada ibu

0
0

PETALING JAYA – Seorang pelakon remaja, Afiq Muiz Azman Shah, 21, menafikan dakwaan dia menjadi anak derhaka gara-gara terpengaruh dengan kekasihnya yang juga pelakon, Eina Azman.
Pelakon drama bersiri Mimpi Cinderella itu menafikan kenyataan ibunya, Hasliza Mohd. yang menuduh dia berubah menjadi pemarah dan mengikut telunjuk kekasihnya seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan baru-baru ini.
Menurutnya, dakwaan itu tidak berasas dan boleh menjatuhkan maruah serta kerjayanya sebagai pelakon.
“Saya tidak pernah keluar dari rumah dan tidak pernah sesekali membuang keluarga sendiri seperti yang didakwa.
“Saya tidak tahu motif ibu saya membuat kenyataan kepada portal hiburan itu. Saya sangat malu dengan kenyataan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


 

Demi Allah Saya Tidak Pernah Usir Afiq Keluar – Ibu Afiq Muiz

0
0
Masih bercerita mengenai kontroversi yang terjadi di antara Afiq Muiz dan ibunya. Semalam menerusi sebuah sidang media, Afiq memaklumkan yang dia telah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya sendiri. Namun hari ini, ibu Afiq Muiz menyangkal dakwaan tersebut.
ibu afiq muiz
Ibu Afiq Muiz bersumpah demi nama Allah bahawa perkara yang dikatakan oleh anaknya tersebut tidak pernah terjadi. Kata ibu Afiq kepada Harian Metro:-
Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil. Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain. Selepas keluar rumah, saya mengirimkan mesej meminta Afiq pulang, tetapi dia enggan. Hanya beberapa kali dia menghubungi saya.
ibu afiq muiz
Ibu Afiq Muiz turut mengakui yang dia tidak bersetuju anaknya menjalin hubungan dengan Eina Azman lebih-lebih lagi apabila wang RM30,000 lesap dalam tempoh sebulan daripada akaun anaknya.
Saya tidak tuduh wanita itu mengikis wang Afiq, tetapi saya persoalkan ke mana wang simpanan RM30,000 milik Afiq kerana sebelum ini dia beritahu mahu simpan wang untuk beli rumah, kereta dan kegunaan masa depannya.
afiq muiz
Admin hampir mengalirkan air mata membaca harapan si ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu memang tiada siapa dapat menyangkal. Kata ibu Afiq Muiz:-
Saya tidak pernah menyifatkan Afiq anak derhaka, tetapi berdoa dia kembali menjadi Afiq yang dulu…seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal bergelar pelakon
Secara jujur, Admin lebih mempercayai versi cerita si ibu daripada Afiq Muiz punya cerita. Namun daripada terus menerus bergaduh, Admin berharap agar Afiq menyedari status dirinya sebagai seorang anak dan pergi memohon kemaafan daripada ibu tercinta. Sama-samalah kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini.

Eina Azman Mahu Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf Padanya

0
0
Nama Eina Azman turut terpalit di dalam kontroversi di antara ibu Afiq Muiz dan anaknya. Eina dikatakan mengikis duit Afiq Muiz apabila wang sebanyak RM30,000 didapati hilang daripada akaun bank Afiq. Semalam, Eina mahu ibu Afiq Muiz memohon maaf padanya kerana tuduhan tersebut.
eina azman
Menurut Eina, dia tidak mengikis duit Afiq Muiz kerana dirinya sendiri ada duit. Kata Eina kepada Mstar Online:-
Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri. Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di Twitter setiap hari
eina azman
Tambah Eina lagi, ibu Afiq Muiz pernah menelefonnya dan memarahi serta membuat tuduhan yang macam-macam. Kata Eina lagi:-
Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan. Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja
Untuk makluman, Afiq Muiz dan Eina Azman dikatakan sedang bercinta namun perkara tersebut dinafikan oleh mereka berdua. Mereka berdua hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu. Afiq Muiz sering berkongsi masalah keluarganya dengan Eina Azman.

Shila Amzah Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz & Eina Azman

0
0

shila-amzah-nasihat-hangatmy

Semua sedia maklum kisah duka cinta Shila Amzah, melalui twiter, Shila Amzah yang agak peramah dengan peminatnya enggan melihat Afiq Muiz dan Eina Azman menerima nasib yang serupa dengannya telah tampil memberi nasihat.

shila-amzah-nasihat2-hangatmy

Semoga Afiq Muiz dan Eina Azman megambil nasihat dari Shila Amzah.


Viewing all 1229 articles
Browse latest View live