Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

GADIS YANG PERNAH CIUM MULUT DENGAN NABIL KINI SUDAH MENJADI POPULAR!!!

$
0
0


Nama Uqasha Senrose, 21, mungkin masih terlalu baru berbanding adiknya, Nelydia Senrose yang terlebih dulu dikenali sebagai pelakon. Nelydia mula dikenali melalui siri Spa Q dan terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3.

Untungnya bergelar gadis cantik, Uqasha lebih dulu berpeluang berlakon filem apabila diberi kepercayaan membintangi Bencinta berganding pula dengan pelakon popular seperti Nora Danish, Farid Kamil, Fezrul Khan dan Zalif Sidek. Filem arahan Eyra Rahman kini dalam proses penggambaran di Langkawi, Kedah.

Bertemu Uqasha di lokasi Bencinta, katanya, peluang menjadi pelakon datang apabila menyertai keluarga MIG Talent, awal Disember lalu. Uqasha melihat ini sebagai satu platform untuknya melangkah jauh dalam bidang seni dan sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pramugari AirAsia pada November lalu untuk mencuba sesuatu yang diminati. 

“Sebelum ini ada tawaran dari MIG Pictures tetapi ketika itu saya tidak dapat terima kerana masih bekerja. Saya tolak dengan baik untuk memberi masa berfikir panjang. Lebih kurang dua bulan saya fikirkan untuk terima atau tidak tawaran itu. Selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya saya terima,” katanya memulakan cerita.

Uqasha yang mempunyai wajah seiras Nelydia mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu apabila nama adiknya lebih dikenali. Katanya, dia bangga apabila orang mengenali adiknya dan kini gilirannya pula. 

“Memang saya ada menyimpan hasrat untuk bergelar pelakon. Tidak seharusnya saya cemburu dengan pencapaian adik kerana itu semua rezeki masing-masing.

“Nely menyokong kuat keinginan saya menjadi pelakon dan banyak membantu dari segi lakonan. Dia sering berkongsi cerita dan pengalaman sebagai pelakon.

“Dari situ saya belajar banyak benda. Saya tidak mahu berlakon tanpa ilmu dan untuk berjaya, kita kena banyak belajar dari orang berpengalaman,” katanya.

Walaupun baru menceburi lakonan, sebenarnya nama Uqasha pernah menjadi sebutan apabila dikaitkan kontroversi bercium dengan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad. Sejak itu, akui Uqasha, ke mana saja dia pergi orang menggelarnya Uqasha Nabil.


Walaupun cerita itu sudah basi dan tidak mahu ingin diingat lagi, Uqasha tidak mampu menghalang cakap orang yang masih menggelarnya dengan panggilan itu.

“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dia. Biar orang kenal saya kerana bakat dalam bidang lakonan, bukan dibayangi peristiwa lampau.

“Bukan mudah berjaya dalam hidup dan mengejar impian. Banyak dugaan perlu dilalui dan saya tidak mahu hidup terus dipalit cerita tidak elok.

“Biar gosip datang dalam bentuk sihat dan sedap didengar. Saya mahu terus berada di dalam industri ini atas kaki sendiri,” katanya.


Pelajar jurusan perniagaan ini juga akui, selepas apa yang berlaku dulu, dia lebih berhati-hati memilih kawan kerana bimbang pisang berbuah dua kali.



2,000 pasport dirampas

$
0
0

KAJANG - Hasil laporan yang diterima, Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan di pejabat pertubuhan terbabit, kelmarin.

Sebanyak 2,000 pasport milik warga asing termasuk dari Bangladesh dan Indonesia dirampas.

Ketua Unit Tindakan Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, hasil pemeriksaan, pertubuhan yang menguruskan 6P dan kad oren itu didapati bersalah kerana beroperasi tanpa keizinan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Program 6P untuk pendatang asing sudah ditamatkan sejak tahun 2011, jadi tindakan pertubuhan itu melakukan urusan permohonan 6P adalah salah dan nama pertubuhan ini akan disenarai hitam,” katanya.

Menurutnya, pertubuhan yang menggunakan nama sebuah pertubuhan Islam sebelum ini memang diberi kebenaran untuk menguruskan program 6P.

“Modus operandi mereka ialah mengenakan bayaran sehingga RM5200 untuk setiap permohonan permit kerja.

"Sepatutnya setiap permohonan seperti ini perlu dibuat melalui pejabat Imigresen sahaja.

“Sekarang ini pendaftaran pemutihan sudah selesai, jabatan hanya melakukan penguatkuasaan 6P, jadi mana-mana syarikat atau pertubuhan tidak boleh menjalankan urusan permohonan 6P,” katanya.

Jelas Abdul Malik, pihak juga masih menyiasat pembabitan pertubuhan itu dengan sindiket pemalsuan susulan penemuan pelekat permit kerja palsu di premis berkenaan.

Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki berusia 42 tahun yang merupakan pemilik premis bersama enam pendatang asing warga Indonesia dan Bangladesh ditahan.

Selain itu, beberapa peralatan pejabat termasuk komputer turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Pasport 1966.

Norish Karman Fail Tuntutan RM3 Juta

$
0
0
Norish Karman

Permohonan pelakon terkenal, Norish Karman yang memfailkan tuntut harta sepencarian sebanyak RM3 juta terhadap Datuk Hashimuddin Abdul Kadir terpaksa ditangguhkan pada 24 Jun depan selepas bekas suaminya itu gagal hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Menurut peguam syarie Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, sejak kes tersebut difailkan pada 2009 yang lalu, defenden (Datuk Hashimuddin) langsung tidak hadir ke mahkamah untuk memberi sebarang keterangan berkaitan kes tuntutan berkenaan.
Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan, namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman.
Defendan pernah bercadang untuk selesaikan kes di luar mahkamah, namun selepas itu terus senyap. – Sinar Harian
Menurut laporan yang sama, Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman terpaksa memfailkan permohonan itu selepas kaedah melalui sulh (perbincangan secara baik) yang dibuat dengan Hashimuddin gagal mencapai kata sepakat.
Untuk makluman, pelakon berbakat ini pernah bernikah dengan Datuk Hashimuddin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pada 15 Julai 2008.

Memang Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS

$
0
0
shahrizal_jazle


Susulan daripada berita tergempar yang melibatkan pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat bersama pasangannya di Subang awal Khamis lalu, di sini ada berita yang baru kami terima. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Shah Jaszle.
Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi telah ditahan bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi, semalam (Khamis) di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.
SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.
Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.
Sekian, terima kasih.
Shah Jaszle ditangkap khalwat
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak JAIS
Untuk makluman, Shah Jaszle telah bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 dalam satu majlis tertutup. Dan menurut sumber, tunang pelakon itu dikatakan telah datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu.

MIRI !!! 2 mayat reput dalam lubang

$
0
0

Miri: Tanda tanya mengenai kegagalan dua pekerja tapak binaan warga Indonesia hadir bekerja sejak enam hari lalu, terjawab apabila mayat mereka ditemui ditanam sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, semalam.
Mayat reput kedua-dua lelaki dipercayai bersaudara itu yang belum dikenal pasti identiti, ditemui selepas sepasukan polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dibuat seorang penyelia di tapak projek itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Dengan bantuan anjing pengesan dan jengkaut, polis berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua lelaki terbabit yang ditanam berhampiran longkang yang sedang dalam pembinaan di tapak projek berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengesan dan mengeluarkan mayat sudah reput dan hampir berkecai itu.
Foto
POLIS mengeluarkan mayat dua lelaki Indonesia yang ditanam di sebuah tapak pembinaan di Permyjaya, Miri.

Katanya, khidmat anjing pengesan terpaksa digunakan bagi mengesan lokasi sebenar mayat itu ditanam sebelum mengorek menggunakan jengkaut berikutan lubang turut ditutup dengan simen.

GAMBAR COMEL ANAK KEDUA SHUIB DAN SITI SARAH!

$
0
0
Pastinya kehidupan rumahtangga pelakon dan pelawak, Shuib Sepah bertambah ceria lagi dengan kehadiran ‘orang baru’ apabila isteri beliau Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel

Shuib menerusi akaun laman sosial Instagram turut berkongsi beberapa keping foto anak keduanya itu.Siti Sarah dan Shuib turut mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Uwais Alqarni



Saiful Bukhari nikah 25 Mei ini

$
0
0
Nik Suriani


SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.


Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman


Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Kami bertunang pada 20 Oktober lalu,” jawabnya ringkas.

Saiful sebelum ini juga pernah bertunang dengan pembaca berita BernamaTv, Janna Syariza Mohd Zaki, namun pertunangan itu putus sekitar tiga tahun lalu.

Selain itu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan mengakui bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Beliau kemudiannya mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.


Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Henti ceramah kecewa difitnah dan di ugut bunuh !!!

$
0
0

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

MIRI !!! Pencuri malang teruk dibelasah

$
0
0

MIRI - Malang menimpa seorang pencuri apabila bukan sahaja ditinggalkan rakannya, malah cedera selepas teruk dibelasah sekumpulan penduduk kampung ketika cuba memecah masuk sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Permyjaya di sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku apabila seorang penduduk ternampak kelibat dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di rumah jirannya yang tidak berpenghuni sebelum dia bertindak memberitahu orang lain.

Sumber berkata, mereka kemudian telah menangkap dua lelaki berkenaan namun salah seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri.

Katanya, penduduk kemudian bertindak membelasah lelaki berusia lingkungan 30-an itu sebelum diserahkan kepada polis.

Luna Maya Mengaku Jatuh Cinta Dengan Aaron Aziz!

$
0
0

“Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling minat pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat.”‘

Luna Maya Mengaku Jatuh Cinta Dengan Aaron Aziz!

“Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka,” itu pengakuan Luna Maya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Pintu Harmonika semalam (Khamis).

Jawapan tersebut diberikan Luna sejurus selepas para wartawan bertanya mengenai siapa pelakon dari Malaysia yang paling diminatinya. Secara spontan nama yang terkeluar dari mulut pelakon cantik dan tinggi lampai itu ialah aktor pujaan Malaya, Aaron Aziz!

Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron, Diyana Halik pasti cemburu apabila mengetahui tentang perkara ini.
“Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh…sayang sekali! Jangan salah tafsir ya…saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat,” katanya sambil ketawa.

Tambah Luna lagi, dia ada mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan dengan Aaron Aziz.

“Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang besar buat saya,” katanya menamatkan bicara.

Pelakon, model, pengacara terkenal dari Indonesia ini berada di Kuala Lumpur sejak Rabu untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan 23 Mei ini di Astro First, serentak dengan tayangannya di Indonesia.

Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahan Luna Maya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem ini juga adalah terbitan beliau sendiri.

Letakkan Kekasih Ke Tepi, Nasihat Ustaz Wan Akashah Kepada Afiq Muiz

$
0
0
Sememangnya cinta boleh membutakan hati dan membuatkan hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang. Admin suka mendengar kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah apabila diminta mengulas mengenai kontroversi yang sedang menghimpit Afiq Muiz dan ibunya.
afiq muiz
Sebelum ini Ustaz Wan Akashah pernah memberi pandangannya mengenai kontroversi pertunangan Fizz Fairuz. Untuk isu kali ini, Ustaz Wan meminta agar Afiq bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya secepat mungkin. Kata Ustaz Wan:-
Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu
afiq muiz
Kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah bukan sahaja boleh diguna pakai oleh Afiq Muiz tetapi juga kepada kita yang masih mempunyai ayah dan ibu. Kadang-kadang kita sebagai manusia memang mudah terlupa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tambah Ustaz Wan lagi:-
Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita
Semoga Afiq Muiz akan membaca kata-kata nasihat dan pedoman daripada Ustaz Wan Akashah ini. Letakkan ibu bapa sebagai keutamaan pertama dan ketepikanlah kekasih anda. Semoga kita juga turut mendapat sedikit pengajaran daripada apa yang sedang terjadi di antara Afiq dan ibunya. Info asal Mstar Online.

Akademi Fantasia Kembali Semula Di Tahun 2013

$
0
0

Pasti ada yang gembira dan ada yang sedih dengan berita ini. Rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia kini kembali semula. Sebelum ini, rancangan yang lebih dikenali dengan singkatan AF ini telah pun ditamatkan selepas 9 musim. Juara terakhir AF ialah Hazama.

af

Majlis pelancaran dan sidang media Akademi Fantasia 2013 akan diadakan pada 23 Mei ini. Dikatakan bahawa AF akan kembali dengan pengisian serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sama-samalah kita nantikan perincian mengenai program AF pada sidang media kelak.
Apa pendapat anda mengenai kemunculan semula Akademi Fantasia?

Foto Ayu Raudhah Semakin Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu

$
0
0
ayuraudah-1
 
Pelakon jelita Ayu Raudhah baru sahaja selamat melahirkan bayi lelakinya pada 29 Mac yang lalu hasil perkongsian hidup dengan Zaquan Adha. Ayu yang kebetulannya bersalin pada hari yang sama pelakon Irma Hasmie yang turut melahirkan anak lelaki. Jika dikira dari tarikh kelahiran bayi yang beri nama Aisy itu, Ayu telah pun tamat tempoh berpantang selama 40hari.
Baru-baru ini, Ayu mula dilihat menghadiri majlis bersama keluarga yang turut dihadiri kakaknya Rozita Che Wan. Dengan status seorang ibu, Ayu kelihatan semakin cantik dan menawan disamping anak lelaki tunggalnya itu. Walaupun badannya sedikit berisi namun kejelitaan Ayu sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Jom kita layan gambar-gambar terbaru Ayu Raudhah.
ayuraudah-2
ayuraudah-3
ayuraudah-4

Saya Sudah Putus Cinta – Fizo Omar

$
0
0
Berita baik buat wanita-wanita di luar sana yang meminati Fizo Omar. Tuan punya badan telah mengesahkan bahawa hubungan percintaannya dengan Asmidar Jaafar telah berakhir. Kini Fizo Omar kembali single and available.
fizo omar
Fizo Omar dan Asmidar hanya sempat bercinta selama 2 bulan. Kata Fizo Omar kepada portal GUA:-
Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja. Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik. Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena.
fizo omarAdmin tengok mereka berdua memang sesuai sangat. Memang sama cantik sama padan. Namun sayangnya tiada jodoh. Yang pasti, ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang sudi menjadi kekasih Fizo Omar. Pasti suatu hari nanti akan bertemu jua.

Elfira Loy & Amar Baharin Di Terengganu

$
0
0
Elfira Loy & Amar Baharin
Jika dilihat, semakin bertambah-tambah rezeki pelakon berusia 19 tahun ini. Baru-baru ini, Elfira Loy telah menamatkan sesi penggambaran bersama Amar Baharin di lokasi yang terletak di Terengganu. Sepanjang berada disana, Elfira turut berkongsi beberapa keping gambar kenangan di laman Instagram-nya.
Iya lah, tak sah sebenarnya kalau kami tak taburkan anda dengan foto-foto menarik selebriti. Maklumlah, kami tahu masih ada diluar sana yang tak punyai akaun Instagram, kan?
Dalam beberapa keping foto dia bersama Amar Baharin, Elfira turut memuat-naik foto-foto makanan yang menarik di Terengganu. Sebenarnya, pagi-pagi macam ni terliur juga kami tengok keropok lekor dan sata tu.
Elfira Loy Di Terengganu-11
Sotong dan ikan bersalut tepung serta sata merupakan antara makanan yang menarik di Terengganu.
Elfira Loy Di Terengganu-16
Sempat lagi bergambar bersama Aziz M. Osman sambil makan keropok lekor. Terliur ni.
Namun apa yang menariknya disini ialah, menjadi satu kelebihan bagi artis apabila mereka sentiasa diperhatikan ramai dan juga mempunyai peminat. Elfira yang memuat-naik foto-foto seperti ini secara tak langsung membantu mempromosikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai daya tarikan.

TERKINI !!!! Eina Azman Saman Ibu Afiq Muiz

$
0
0

 Eina-Azman-saman-ibu-Afiq-Muiz-hangatmy
Ingatkan semakin pulih, tetapi semakin menjadi pulak kontroversi yang melanda Afiq Muiz, Ibu dan juga Eina Azman. Tekad bahawa dirinya berada di pihak benar, Eina Azman kini meneruskan hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohammad.
Untuk makluman, sebelum ini Eina memberikan tempoh masa 7 hari kepada Hasliza untuk memohon maaf kepadanya.
Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu apa saja yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang ibu Afiq tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya juga menyerang saya di laman Twitter.
Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani cakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.
Nampaknya, tak selesailah, pada pendapat kami tak perlulah sampai dibawa ke Makhamah.
Apa yang ibu Afiq beritahu dalam program hiburan Melodi kelmarin semuanya bercanggah. Biarlah nanti ibu saudara Afiq, Norlela yang tampil memberi penjelasan. Ibu saudaranya itu cukup mengenali Afiq dan dia menjaga Afiq ketika kecil.

Bobo Dianggap Gila, Burukkan Malaysia?

$
0
0
VIDEO: Bobo Dianggap Gila, Burukkan Malaysia?

Amboi sejak bernaung di bawah syarikat produksi terkenal, MIG semakin banyak pula video parodi yang dihasilkan oleh Bobo ya.

Jika sebelum ini Bobo pernah popular dengan parodi lagu Sayang nyanyian Shae dan Diamond, Rihanna, terbaru menerusi laman web rasmi MIG Online, Bobo dikatakan telah tampil dengan video terbarunya menerusi lagu Jahat nyanyian Stacy.

Menerusi respon para peminat yang menyaksikan video tersebut di laman Fabook rasmi Stacy, ramai antara mereka mengkritik video berkenaan sehingga ada yang mengatakan Bobo sebagai budak gila yang memburukkan nama Malaysia.

Screen-Shot-2013-05-21-at-3.13.55-PM

Antara gaya yang dihasilkan oleh Bobo :

Dia punya muncung, kalah bibir Angelina Jolie :)
Meskipun Bobo dihentam dan dikritik teruk oleh peminat, bagi Admin sendiri sangat terhibur dengan video parodi yang dihasilkan, cuma kalau boleh gaya dan reaksi muka itu biarlah dipelbagaikan agar penonton tidak boring asyik melihat gaya lenggokan yang sama sahaja.

Apa pun jom layan video perodi Jahat yang dihasilkan oleh Bobo selepas ini. Semoga terhibur!


Rela Mati Daripada Hidup Disumpah Ibu Kandung Sendiri – Afiq Muiz

$
0
0

Sememangnya kewujudan sosial media menyebabkan banyak pihak mengeluarkan kenyataan yang kadang kala berdasarkan emosi. Lebih-lebih lagi orang muda seperti Afiq Muiz pastinya tidak sempat berfikir dua kali sebelum menaip sesuatu sebagai luahan perasaan.
afiq mui
Membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Afiq Muiz menerusi Twitternya membuatkan Admin mengelengkan kepala. Kalau mati tetapi tidak mendapat kemaafan daripada ibu pun tiada gunanya. Walaupun ibu Afiq yang bersalah, sedikit sebanyak pasti ada silap di pihak Afiq jua.
afiq gilaTak tahu sama ada Afiq sudah berjumpa dengan ibunya atau belum lagi selepas kontroversi ini berlaku. Nasihat Admin, jumpalah ibu anda, salam tangannya, cium dahinya, mohon maaf padanya. Lepas itu kalau nak mati pun matilah. Jangan menyesal di kemudian hari kalau tak sempat memohon maaf kepada ibu kandung anda.

Leuniey Natasha Comel Bertudung

$
0
0
Sejuknya mata memandang Leuniey Natasha, isteri kepada Apek memakai tudung. Tidak diketahui pula sama ada Leuniey sudah bertudung sepenuhnya atau hanya mencuba-cuba. Namun yang pasti kecomelan Leuniey lebih terserlah apabila bertudung.
leuniey natasha bertudung
Tentu Apek ialah orang yang paling seronok sekiranya Leuniey memakai tudung sepenuhnya. Harap-harap begitulah. Admin respek dengan pasangan suami isteri ini kerana mereka memang nampak bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain.
leuniey natasha bertudung
2 lagi gambar Leuniey Natasha comel bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambarInstagram Leuniey Natasha.
leuniey natasha bertudung
leuniey natasha bertudung

Lupa Nak Cakap “Off Record” – Eina Azman

$
0
0
Susulan kata-kata “Mak Afiq kurang siuman kot“, Eina Azman telah dikutuk dan dicerca oleh ribuan manusia yang kecewa dengan kebiadapannya. Siapa yang tak bengang kan? Kurang siuman sememangnya satu perkataan yang sangat kurang ajar.
eina azman
Berkata kepada Sinar Harian, Eina Azman memberitahu yang sepatutnya perkara tersebut adalah “off record”. Kata Eina:-
Apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan…bukan untuk disiarkan. Eina lupa nak cakap ‘off record’
eina azman
Amboi boleh pulak macam itu? Nasib baik selepas ini Eina kata taknak keluarkan apa-apa kenyataan lagi. Selamatlah kita daripada mendengar kata-kata yang tak masuk akal daripadanya.
Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina…hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah. Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina. Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun
Diharap Eina berpegang pada kata-katanya dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan. Admin boleh sakit jiwa setiap kali membaca kata-kata yang keluar daripada mulut Eina. Biarlah hal ini selesai di mahkamah. Nanti kat sana Eina boleh cakap sepuas-puasnya.
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live