Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

TERKINI !!! Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

$
0
0
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

$
0
0
Datuk Dr S Subramaniam

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
   
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.  
   
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.  
   
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
   
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
   
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

Adam AF, Fiza Elite Bakal Nikah Khamis

$
0
0
Berita menarik yang disiarkan melalui ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini ialah penyanyi Adam AF, 29, bakal bernikah dengan Fiza Elite, 33, Khamis ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, manakala Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.
Fiza ialah bekas anggota girlband yang sudah berpecah, Elite.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan.
Menurut Adam kepada BH:-
Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah.
Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.
Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.

Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo

$
0
0
SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.
Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.
Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawanMynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.
pakcik5-300x225
Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya  di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
pakcik4-300x225
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
pakcik3-300x225
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.

(TAHNIAH)Adam AF Sah Suami Fiza Elite Dengan Sekali Lafaz

$
0
0
Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Jutaan tahniah Admin ucapkan kepada mereka berdua.
adam af
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambarMediaHiburan dan Galaksi TV9.

Majikan Pengawal Keselamatan Akan Teruskan Tindakan Mahkamah Pada Isteri Mat Yo

$
0
0
Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.


Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-
pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ
Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.

Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

$
0
0
images
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru. Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Hot !!! Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida

$
0
0
Tergelak besar Admin apabila membaca kata-kata Maria Farida ini. Susulan  isu bikini yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Maria Farida mempersoalkan komen para peminat yang menyuruhnya solat istikarah untuk membuat pilihan tepat. Bagi Maria, komen tersebut mempersendakan agama kerana solat istikarah dilakukan bukan untuk tujuan sebegitu. Kelakar kan?
Mungkin Maria Farida tidak dapat memahami kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Jujur juga si ‘hot mom’ ini rupanya. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-

Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?
Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama.
Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.
Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul
maria farida
Namun sekurang-kurangnya Maria Farida tahu juga tujuan sebenar solat istikarah. Manalah tahu kerana kejujurannya, Maria betul-betul buat solat istikarah seperti yang disarankan. Tak ke kes berat tue? Hehehe. Buat Maria, pesanan Admin, lain kali kalau nak minta pendapat para pengikut, mungkin boleh kongsikan benda lain selain pakaian dalam. Kang tak pasal-pasal kena komen solat istikarah sekali lagi. Hehehe.

FOTO Nazrey Johari ( Anggota Raihan ) Kini Menyanyi Nasyid Di Pasar Ramadan

$
0
0

nazrey-johari-terkini-2
Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadahdi Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.
Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.
Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09
( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda: 
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”
nazrey-johari-terkini-1
nazrey-johari-terkini-3
nazrey-johari-terkini-5
nazrey-johari-tahfiz-2
tahfiz-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-3
tapak-bayu-syahadah-4
nazrey-johari-terkini-4
tapak-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-2
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live