Quantcast
Channel: DiSiniBermula

BERATUR 10 HARI LEBIH AWAL UNTUK MENJADI ORANG PERTAMA MEMILIKI IPHONE

$
0
0
MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti. Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store. Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca. Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.




Demostrasi Yang Berjaya Membuat McD dan KFC Tutup Kedai

$
0
0


Sebuah demo gergasi untuk menentang penayangan Innocence of Muslim di Youtube, Di Malaysia demo hanya berlaku selama sehari dan selepas itu semua orang kembali ke rumah dan buat hal masing-masing.Tapi,


Di Indonesia demonstrasi oleh Forum Umat Islam lebih serius.Pertubuhan ini melakukan demo di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat. Mereka berjaya memaksa cawangan restoran KFC dan McDonalds di bandar ini untuk menutup kedai mereka. Kegagalan menutup akan mengakibatkan keganasan berlaku. Menurut jurucakap Forum Umat Islam, tindakan memaksa penutupan restoran makanan segera ini dilakukan bagi memastikan semua umat Islam di bandar itu tidak akan membeli produk dari Amerika Syarikat. FUI juga berkata mereka mahu pengusaha restoran menutup restoran selama seminggu dan mereka akan memastikan tuntutan mereka ini dipenuhi. 

            
            
            
           

MELAMPAU!!! Hisamuddin Rais Samakan Chin Peng Dengan Nabi!!!

$
0
0



Sesat dan Melampau!!

Aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dikecam kerana seolah-olah menyamakan taraf Chin Peng sebaris dengan nabi dan rasul apabila menggunakan istilah wafat bagi merujuk kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu.


Dalam laman Twitternya hari ini, Hishammuddin menulis: “Gerombolan tidak ada pilihan – 31 OGOS telah jadi hari Malapetaka dan 16 September jadi hari mengingati pejuang negara – wafatnya Chin Peng.”

Kenyataan itu menyusul tidak lama selepas Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam laman sosial sama menyifatkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah kehilangan besar kepada negara.

Hishamuddin dalam satu lagi Tweet berkata: “Chin Peng wafat pd 16 September adalah juga rancangan ALLAH.”

Kenyataan Hishamuddin kemudiannya disambut dengan pelbagai komen laman sosial tersebut yang menyifatkannya keterlaluan dan ‘sesat’.

Seorang pengikutnya, Nadia Norrizan mempersoalkan sama ada Hishamuddin ada belajar agama sehingga menggunakan istilah wafat bagi merujuk kematian Chin Peng.

“Wafat itu hanya untuk nabi dan Rasullullah SAW je..kau ni belajar agama ke tak?,” soal Nadia.

Sangsuri pula berkata: Wafat? Biar betul korang PR (Pakatan Rakyat) ni? Dah gila meroyan ke? Teruk sesat budak-budak PR ini.”

Khairul Azizi Masnan pula dengan sinis menulis: “Adakah anda mabuk? Tarikh wafat Nabi pun tiada seruan macam ini, hendak dakwahkan siapa untuk ingati tarikh kematian Chin Peng? Budak-budak macam Adam Adli?.”

Beberapa pengikut Hishammuddin dalam laman tersebut juga mempersoalkan kenyataan beliau yang terlalu mengagung-agungkan Chin Peng sedangkan pemimpin komunis itu dianggap pengganas.

“Bodoh. (Orang) yang merentap ratusan nyawa kau kata pejuang negara.. agenda bangsat apakah ini? Orang Melayu sendiri agungkan komunis,” kata Zarif Haizad.

Malim Al-Wos pula menambah: “Orang sokong komunis mcm kau sahaja kata Chin Peng pejuang negara.”

Bodo Punya Olang!!!

Sumber : Belia Bangkit

Abu mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa ke Malaysia – PM

$
0
0
najibhaniyehpalestine0123c


KOTA KINABALU 16 Sept. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mati pagi ini di Bangkok, Thailand.

Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu. – UTUSAN ONLINE

AKSI TERLAMPAU DALAM KOMUTER

$
0
0
Pengunjung yang dikenali sebagai Kon itu melaporkan:
"Pasangan ini beraksi "pelik" di dalam MRT Cirle Line menuju Harbour Front pada malam 13 Julai, Sabtu lalu.


"Mereka menaiki komuter di dari stesen MRT Serangoon.
"Walaupun di'jeling' oleh beberapa penumpang lain, mereka tetap terus beraksi seolah-olah berada di dalam bilik di rumah mereka. Mereka terus mengusap-usap pasangan masing-masing.






"Pasangan lelaki itu terus mera mas pung gung dan beberapa kali cuba membuka coli teman wanitanya.
"Mereka kemudian berc iuman, memeluk dan bercakap dengan suara yang kuat juga.


"Saya berharap anak-anak muda yang lain tidak mencontohi perbuatan pasangan ini dan ianya amat jelik apabila lakukannya di khalayak umum."

Saya Dan Nora Danish Adalah Satu Keluarga – Fasha Sandha

$
0
0
Hujung minggu lalu, telah diadakan satu majlis cukur jambul dan akikah untuk anak sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli. Memang nampak meriah sungguh majlis yang diadakan secara tertutup ini. Nora Danish turut hadir, sekaligus membuktikan kepada orang ramai betapa mesranya hubungan mereka sekeluarga dan tiada lagi persengketaan yang pernah terjadi satu ketika dahulu.
majlis cukur jambul rayfal
Berkata kepada Harian Metro, Fasha Sandha memaklumkan yang hubungan mereka berdua kini umpama satu keluarga lebih-lebih dengan kehadiran Rayfal, yang merupakan adik kepada Rayqal, anak hasil perkongsian hidup Nora Danish dan Jejai satu ketika dahulu.
Raykal (anak Nora) adalah abang kepada Rayfal, jadi secara automatik saya dan Nora berkeluarga. Kami berfikiran positif. Apa juga perkara negatif yang pernah berlaku sebelum ini sudah lama kami lupakan. Kami memilih untuk bergerak ke hadapan atas nama ikatan keluarga ini
majlis cukur jambul rayfal
Hubungan mesra sebegini tidak mungkin akan berlaku tanpa sifat keterbukaan, maaf memaafi dan menghormati antara satu sama lain. Nora dan Fasha seharusnya dijadikan contoh kepada mereka yang mengalami masalah serupa. Kisah duka yang lama jangan dibuka, biarkan ia terpendam selama-lamanya. Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Rayfal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal

Amy Search Diisytihar Muflis?

$
0
0

Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.

Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.

Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan. Hmm.

Nabila Huda Sudah Ada Kekasih Baru?

$
0
0
Nama Nabila Huda semenjak dua menjak ini memang seringkali keluar di BeautifulNara. Selepastragedi kemalangan yang turut melibatkan anaknya, berlaku pula sedikit persengketaan antara Nabila dan ayahnya, Amy Search. Turut terbongkar pada Hari Raya yang lalu, Nabila telah meluangkan masa di Singapura bersama rakan-rakan.
nabila huda
Semalam Admin telah menerima sekeping email yang berkongsikan maklumat bahawa Nabila Huda sudah pun mempunyai kekasih baru selepas kegagalan percintaannya dengan Nas T. Tidak dapat dipastikan kesahihan info ini, namun daripada apa yang diberitahu, kekasih baru Nabila adalah seorang deejay yang berasal dari Singapura.
nabila huda
Menurut si pemberi maklumat, hari raya yang lalu Nabila telah pun ke Singapura untuk berhari raya bersama keluarga kekasih barunya ini. Nabila nampak bahagia di samping lelaki ini. Adakah ini sememangnya cinta baru Nabila atau hanya sekadar kawan rapat sahaja?nabila huda
Si pengirim email juga turut memberikan sedikit kata-kata nasihat untuk Nabila agar lebih mementingkan keluarga dan anaknya. Kata si pengirim email, dia adalah kenalan rapat Nabila satu ketika dahulu namun kini menjauhkan diri kerana tidak boleh masuk dengan gaya hidup Nabila. Pastinya anda dapat meneka gaya hidup apa yang dimaksudkan oleh si pengirim email ini.
nabila huda
Rasanya Nabila Huda pun bukanlah seorang budak kecil. Dah pernah berkahwin, sudah ada anak dan sudah pasti pandai membuat keputusan sendiri. Mungkin Nabila mahukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami untuk membimbing dirinya dan anak. Semoga satu hari nanti akan ketemu jua. Sama-samalah kita doakan.

Gambar Maternity Shoot Yasmin Hani Dikritik Peminat

$
0
0
Maternity shoot sememangnya satu penggambaran yang menarik sekiranya dibuat dengan betul. Iyerlah, bukan senang untuk hamil jadi untuk mengabadikan kenangan tersebut dalam bentuk gambar adalah satu perkara yang wajar dilakukan. Namun maternity shoot yang dilakukan oleh Yasmin Hani nampaknya telah mendapat kritikan ramai.
yasmin hani
Secara jujur, Admin pun agak pelik kenapa Yasmin Hani perlu menunjukkan perutnya di dalam maternity shoot ini. Agak tidak sesuai dengan budaya dan agama kita. Admin dulu pun pernah buat maternity shoot untuk wife. Pakai baju biasa pun dah dapat mengabadikan kenangan ketika itu. Tak perlu sampai ke tahap begini.
yasmin hani
Mungkin Yasmin Hani mahukan kelainan di dalam maternity shootnya. Rasanya gambar ini tidak dikongsi oleh Yasmin Hani menerusi akaun Instagramnya tetapi telah disebarkan oleh orang lain. Mungkin Yasmin perlu letakkan klausa kepada mereka yang terlibat di dalam maternity ini. Tak gitu? Versi gambar tidak dimosaic dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Info asal Forum Cari.
yasmin hani
yasmin hani

Rozita Che Wan Pakai Ketat Kerana Mahu Jaga Badan

$
0
0
Rozita Che Wan sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang gemar berpakaian cantik. Pakaian yang dikenakan biasanya menunjukkan susuk tubuhnya yang tinggi dan langsing walaupun mencecah usia awal 40′an.

Hari ini melalui mStar Online, Rozita memberitahu yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya agar kekal langsing.
Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh.
Kalau difikirkan, memang ada benarnya kata Rozita. Kalau baju dah tak muat tu, maknanya kena berdietlah tu kan?
Dia juga berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar mengikut trend fesyen.
Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri.
Patutlah badan Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Cik Ta kekal meletop dan bergetah kan. Bolehlah kita semua ikut caranya pakai baju ketat untuk jaga badan, tapi dalam rumah sajalah. Kalau keluar pakai baju patuh-syariah untuk hasil yang lebih sopan dan manis. Kan?

UPSI Teruskan Hukuman Ke Atas Adam Adli

$
0
0


Tempoh penggantungan pengajian aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang mencuri perhatian ramai kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan sehingga tempoh yang tidak ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).




Adam sebelum ini digantung pengajiannya selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir bulan ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Adam berkata dia terkejut menerima surat dari UPSI memaklumkan bahawa pengajiannya terus digantung sehingga tarikh yang tidak ditetapkan.

Adam sebelum ini digantung selama tiga semester kerana didakwa merosakkan reputasi UPSI dan "membahayakan ketenteraman awam dan moral orang ramai".

Dia kemudiannya cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan penggantungan itu, tetapi gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepadanya.

Menurut Adam, surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan penggantungan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan di mahkamah.

"Surat tersebut turut menyatakan bahawa tempoh penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta ini hanya akan tamat setelah selesai perbicaraan kes Akta Hasutan di mahkamah," kata Adam, siswa jurusan TESL dengan PNGK 3.30.

Adam bagaimanapun yakin penggantungan ini tidak sah dan bermotif politik memandangkan tindakan itu hanya boleh dibuat universiti jika dia didapati bersalah selepas prosiding pendengaran disiplin dijalankan.

"Sepucuk surat makluman tidak boleh menggantung seorang pelajar," katanya.

Menurutnya lagi, UPSI dan Putrajaya hipokrit dan cuba menghalangnya daripada menamatkan baki dua semester pengajiannya.

Buat masa ini, dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Jika UPSI benar-benar tidak mahu saya kembali ke kampus, mungkin saya akan mengambil inisiatif lain berkaitan pendidikan saya. 

"Beberapa peluang belajar di tempat lain termasuk luar negara pernah saya lepaskan sebelum ini kerana ingin kembali ke UPSI dan menamatkan pengajian di sana," katanya.

Respon Yasmin Hani kontroversi gambar perut bunting bertatu

$
0
0
Semalam, beberapa keping gambar Yasmin Hani menayangkan perut kandungannya telah tersebar secara meluas di laman maya. Di akaun Instagram peribadinya pula, pelakon itu dikritik teruk peminat dan dihentam dengan kata-kata yang kesat.

Susulan itu,Yasmin segera tampil kepada media Utusan dan merayu orang rama agar penyebaran gambar dirinya yang hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya dihentikan.

"Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun."

"Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?"

Dalam perkembangan sama, isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Black Rose itu turut membidas beberapa kritikan pedas yang dilemparkan segelintir peminat kepadanya di laman sosial.

"Orang kata saya urban, tiada agama. Apakah tindakan mereka dengan memalukan saya adakah ini perkara yang betul?"

PANASSSS !!!! BRA ROZITA CHE WAN UNTUK DIJUAL?

$
0
0



Terkejut seketika melihat gambar coli  berwarna merah Che Ta yang kononnya untuk dijual. Pasti ramai lelaki hidung belang yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan coli eksklusif Rozita Che Wan ini.

Persoalannya, betul ke ni?

Bau harum semerbak tu.

Kesian Che Ta.

#LOL

Sekitar Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md Zhafran 30 Foto

$
0
0
Malam semalam telah berlangsung majlis berinai pasangan Fouziah Gous dan Md Zhafran yang akan melangsungkan pernikahan hari ini. Bertemakan Pakistan, Fouziah memilih busana berwarna ungu muda dan kuning manakala Zhafran mengenakan baju putih dan biru muda.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Tema Pakistan dipilih kerana keluarga Fouziah dikatakan mempunyai darah keturunan dari sana. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.
Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fouziah Gous dan CST Production.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

$
0
0


Pelakon cantik, Fouziah Gous selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Zhafran Yusof sekitar jam 9.46 malam Sabtu dengan sekali lafaz di hadapan Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki, Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri, Mohamad Khairi Abu Hassan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Majlis tersebut turut dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.

Selain mas dan wang hantaran, kedua-dua pihak pengantin juga berbalas-balas dulang dengan lelaki menerima tujuh dulang hantaran dibalas pula sembilan dari pihak perempuan, dipetik dari rotikaya.

Kesemua dulang yang diterima lelaki berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Bagi perempuan pula, mereka menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.

Tahniah admin ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof kerana akhirnya sah bergelar suami isteri yang sah walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.







Terima Wang RM30,000, Afiq Muiz Terus Hilangkan Diri

$
0
0
Tak habis-habis kontroversi yang melanda Afiq Muiz ini. Admin perasan sejak kontroversi Afiq dengan ibunya, memang makin jatuh merudum popularitinya. Tak nampak dah di mana-mana rancangan TV. Terbaru menerusi BiPop semalam, Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.
afiq muiz
Wang RM30,000 ini adalah bayaran pendahuluan untuk Afiq Muiz menjadi artis residen Global Station milik Datin Zaiton Muhammad Jiwa. Berikut ialah penjelasan daripada Alia Ramli, yang merupakan penerbit eksekutif Global Station:-
Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik.
Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan.
Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu.
Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?
Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini.
afiq muiz
Takkanlah kerana RM30,000 Afiq Muiz dah kabur mata? Berapa lama sangatlah wang sebanyak itu boleh bertahan. Sepatutnya Afiq kenalah mengenang budi Global Station yang menaikkan namanya. Orang dah berjasa, kita patut membalasnya. Semoga Afiq dapat menghubungi Global Station secepat mungkin dan menyelesaikan masalah ini. Kang tak pasal-pasal kena seret masuk mahkamah pulak.

TERKINI !!! Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

$
0
0
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

$
0
0
Datuk Dr S Subramaniam

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
   
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.  
   
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.  
   
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
   
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
   
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

Adam AF, Fiza Elite Bakal Nikah Khamis

$
0
0
Berita menarik yang disiarkan melalui ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini ialah penyanyi Adam AF, 29, bakal bernikah dengan Fiza Elite, 33, Khamis ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, manakala Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.
Fiza ialah bekas anggota girlband yang sudah berpecah, Elite.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan.
Menurut Adam kepada BH:-
Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah.
Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.
Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.

Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo

$
0
0
SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.
Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.
Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawanMynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.
pakcik5-300x225
Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya  di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
pakcik4-300x225
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
pakcik3-300x225
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.

(TAHNIAH)Adam AF Sah Suami Fiza Elite Dengan Sekali Lafaz

$
0
0
Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Jutaan tahniah Admin ucapkan kepada mereka berdua.
adam af
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambarMediaHiburan dan Galaksi TV9.

Majikan Pengawal Keselamatan Akan Teruskan Tindakan Mahkamah Pada Isteri Mat Yo

$
0
0
Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.


Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-
pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ
Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.


Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

$
0
0
images
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru. Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Hot !!! Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida

$
0
0
Tergelak besar Admin apabila membaca kata-kata Maria Farida ini. Susulan  isu bikini yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Maria Farida mempersoalkan komen para peminat yang menyuruhnya solat istikarah untuk membuat pilihan tepat. Bagi Maria, komen tersebut mempersendakan agama kerana solat istikarah dilakukan bukan untuk tujuan sebegitu. Kelakar kan?
Mungkin Maria Farida tidak dapat memahami kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Jujur juga si ‘hot mom’ ini rupanya. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-

Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?
Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama.
Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.
Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul
maria farida
Namun sekurang-kurangnya Maria Farida tahu juga tujuan sebenar solat istikarah. Manalah tahu kerana kejujurannya, Maria betul-betul buat solat istikarah seperti yang disarankan. Tak ke kes berat tue? Hehehe. Buat Maria, pesanan Admin, lain kali kalau nak minta pendapat para pengikut, mungkin boleh kongsikan benda lain selain pakaian dalam. Kang tak pasal-pasal kena komen solat istikarah sekali lagi. Hehehe.

FOTO Nazrey Johari ( Anggota Raihan ) Kini Menyanyi Nasyid Di Pasar Ramadan

$
0
0

nazrey-johari-terkini-2
Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadahdi Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.
Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.
Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09
( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda: 
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”
nazrey-johari-terkini-1
nazrey-johari-terkini-3
nazrey-johari-terkini-5
nazrey-johari-tahfiz-2
tahfiz-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-3
tapak-bayu-syahadah-4
nazrey-johari-terkini-4
tapak-bayu-syahadah
tapak-bayu-syahadah-2