Quantcast
Channel: DiSiniBermula
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live

(Video | Gambar) Kemalangan Ngeri Di Federal Highway

$
0
0
Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), terdapat sebuah kemalangan ngeri berlaku di Federal Highway (lebuhraya Persekutuan). Rakaman Video dan gambar sempat diambil oleh beberapa sumber.

Video Gambar Kemalangan Ngeri Federal Highway

Dikatakan kejadian ini melibatkan 12 orang. 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi) serta melibatkan 5 buah motosikal dan 2 biji kereta. Saksi berkata, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang dipercayai berhenti di tepi lebuhraya ini secara berkumpulan.


Berikut adalah video yang sempat di rakam: 



Nora Danish & Rayqal Melawat Fasha Sandha & Rayfal

$
0
0
Inilah saat-saat yang dinanti oleh peminat Nora Danish dan Fasha Sandha. Selama ini, ramai yang masih tidak percaya mereka berdua sudah berbaik. Diharap dengan gambar Nora Danish datang melawat Fasha Sandha, ketidakpercayaan tersebut akan berjaya dihilangkan.
nora danish fasha
Admin hampir mengalirkan air mata keterharuan melihat kemesraan yang terpamer di wajah mereka berdua. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan. Kepada anda di luar sana yang tak habis-habis membuat spekulasi, hentikanlah. Inilah bukti terbaik buat anda. Gambar ini diupload di Instagram Nora Danish dengan caption “Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby.”.
fasha
3 keping lagi gambar terbaru Putra Rayfal dengan membaca entri ini sepenuhnya.
nora danish fasha

nora danish fasha

Foto Maria Farida Yang Liuk Lentuk Di Gim

$
0
0
2 
Maria Farida yang sungguh seksi dan seksa sehingga mendebarkan dada lelaki sempat berkongsi rahsia
mengapa beliau berani untuk sentiasa memakai pakaian seksi dan daring kerana mempunyai tubuh badan yang solid dan cantik hasil bersenam di gym.
 
 
Maria Farida bersama instructor di gimnasium
Maria Farida ibu tunggal beranak satu kepada Mizan sudah lama menjanda dan pernah putus cinta dengan Shah Jaszle sebelum ini.
 
 
Maria yang mengamalkan gaya hidup aktif sentiasa rajin bersenam dan melakukan aktiviti luar seperti scuba diving dan jogging menyebabkan tubuh badannya mencapai zero percent body fat yang jarang sekali dapat dilakukan oleh wanita 40 an sepertinya.
 
 
Kesannya Maria kelihatan seperti baru 20 an dan tampak muda selalu.
 

Foto Neelofa berpakaian hot jarang

$
0
0



Page We Love Neelofa memuat naik gambar ini semalam di laman Facebook mereka. Rasa macam pernah tengok dah foto ni, tapi macam tak pernah ada juga...apa daaa..

Dressing Neelofa macam biasa, kalau tak berkemban, pakai lace kot luar, kasik nampak kemban tu juga.

Tapi fesyen ini, angle kamera man melampau atas. Dah terlampau seksi pulak jadinya. Kamera man pun sengaja nak ngambil kesempatan..hampeh!

Ah..seksi takde dalam kamus hidup Neelofa..betul tak?

6 Foto Zizie Ezette Bantu Suami Berkempen Untuk PRU13

$
0
0
Rasa seronok pula melihat gambar Zizie Ezette yang turut sama turun padang membantu suaminya, Bung Mokhtar berkempen untuk PRU13. Memang jelas kemeriahannya. Admin pun kalau ada kesempatan nak juga merasai sendiri kehangatan kempen pilihanraya kali ini.
ziziee ezette
Menarik juga apabila Zizie Ezette berkongsi pengalamannya menerusi Mstar Online:-
Saya mengaku, selepas penamaan calon pada Sabtu lalu, saya hanya tidur dalam masa empat atau lima jam sahaja kerana saya perlu membantu suami untuk berkempen. Percaya atau tidak semasa hari penamaan calon, ketika suami berada di dalam dewan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati saya yang berada di luar. Saya mengambil kesempatan itu untuk meminta mereka agar terus memberi sokongan kepada suami dan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini. Mudahlah bila isteri dan suami sama-sama popular
ziziee ezette
Bukan senang mahu turun padang ke pedalaman untuk bertemu penduduk-penduduk Kinabatangan. Memang pemimpin berjiwa rakyat sungguh Zizie Ezette dan suaminya. Semoga keputusan undian nanti akan memihak kepada pihak yang benar-benar layak. 4 lagi gambar Zizie Ezette dengan membaca entri ini sepenuhnya.
ziziee ezette
ziziee ezette
ziziee ezette
ziziee ezette

Jurukamera RTM Mati D Pukul Penyokong Pas Di Gua Musang !!

$
0
0


Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

7 Foto Nabila Huda & Nas-T Beraksi Mesra Di Australia

$
0
0
Memang jelas terserlah kemesraan antara pasangan yang sedang hangat bercinta ini. Admin faham apa yang sedang dilalui oleh Nabila Huda dan Nas-T. Kedua-duanya tengah mabuk bercinta dan merasakan dunia ini mereka yang punya. Itu yang Nabila sering berkongsi gambar dirinya bersama Nas-T di Instagram untuk tatapan ramai.
nabila dan nas t
Nampak bahagia kan?  Untuk makluman, Nabila Huda berada di Australia untuk penggambaran sebuah drama. Kalau tak silap, Nas-T turut sama untuk menemani kekasih hatinya itu. Memang seperti belangkas sungguh mereka berdua ini.
nabila dan nas t
Semoga Nabila dan Nas-T akan “happily ever after” jua akhirnya. Semoga perhubungan ini akan berakhir dengan perkahwinan. Lagi 5 keping gambar aksi mesra Nabila dan Nas-T dengan membaca entri ini sepenuhnya.
nabila dan nas t
nabila dan nas t
nabila dan nas t
nabila dan nas t
nabila dan nas t

Zain Biadap dalam Program Realiti Tv Master Chef

$
0
0

Fuh ~~ Admin masih belum sempat menonton MasterChef Selebriti Malaysia musim ke 2 (MCSM2) kerana terlalu sibuk. Dengan tagline “Bila dapur menjadi panas, watak lain menjadi jelas“, sememangnya banyak kontroversi yang melanda MCSM2.
zain
Salah satu kontroversi yang hangat diperkatakan ialah tindakan Zain Saidin yang meninggalkan dapur MCSM2. Membaca penjelasan Chef Jo di dalam Metro Ahad baru-baru ini, Admin agak terkedu dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Zain. Antara kata-kata Chef Jo:-
Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.
chef jo
Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-
Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini.
zain
Bagi Admin memang biasa di dalam sesebuah rancangan realiti ada watak yang lain daripada lain. Kalau semua sama, bosan jugaklah kan. Kalau dalam musim pertama, ada Azwan Ali yang menceriakan keadaan. Memang Admin tengok MasterChef time tue pun sebab nak tengok Azwan Ali je. Mungkin kali ini watak tersebut dibawa oleh Zain. Tak gitu?

Gempar!! Ceramah BN Dibom, Seorang Cedera Parah

$
0
0
Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi gempar apabila berlaku letupan misteri mengakibatkan seorang petugas parti cedera.
Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.
Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.
Seorang saksi, A. Micheal, 39, berkata, dia sedang berdiri berhampiran keretanya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian ketika letupan berlaku.
“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum nampak sampah berterbangan sebaik letupan berlaku dan ternampak seorang lelaki cedera di bahagian kaki.
“Mujurlah saya dan isteri tidak tercedera namun terkejut dengan kejadian itu,” katanya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapat rawatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan ada unsur sabotaj.
Jelasnya, polis masih menyiasat punca kejadian serta bahan letupan yang digunakan.
“Polis akan meningkatkan kawalan di kawasan ceramah di seluruh negeri sepanjang musim kempen pilihan raya ini,” ujarnya.

Saya Tak Kenal Nas-T – Amy Search

$
0
0
Kata orang, kalau nak mengorat anak, kenalah mengorat mak ayahnya terlebih dahulu. Mungkin selepas ini Nas-T boleh pergi berjumpa dengan ayah Nabila Huda, Amy Search untuk memohon restu hubungan percintaan mereka.
amy search
Ini kerana Amy Search mengakui tidak mengenali Nas-T. Namun begitu, Amy Search tidaklah menghalang perhubungan mereka berdua. Kata Amy kepada MalaysianDigest:-
Saya tak tahu apa-apa tentang kisah hubungan cinta dia (Nabila) sehinggalah saya membaca surat khabar. Sebagai bapa, tentunya saya mahukan dia berbahagia dan mendapat pasangan yang baik. Apapun hubungan mereka masih baru lagi. Saya tak kenal Nas-T, tak tahu yang dia artis. Saya belum jumpa lagi dengan dia. Tapi Kalau Nas-T adalah orang yang betul-betul sesuai dengan Nabila, saya rasa hubungan itu haruslah kekal. Nabila dan Nas-T juga kena saling memahami, sebagai manusia biasa mereka perlu mengenali hati budi dan saling menerima buruk baik diri masing-masing
nabila nas-t
Diharap Amy Search turut sama dapat memberi nasihat kepada Nas-T dan Nabila Huda agar tidak terlalu menonjolkan kelakukan mesra mereka. Memanglah sedang mabuk bercinta, tetapi kalau setiap masa nak tunjuk gambar berpeluk, buat orang meluat sahaja. Lagi bagus kalau Amy Search boleh suruh mereka kahwin cepat-cepat. Lebih afdhal gitu ~~

KL BANJIR LAGI !!! FOTO RATUSAN KERETA TENGGELAM

$
0
0

376030_521104037946900_1556822463_n
KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Banjir-1
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.
“Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Banjir-3
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.
Banjir-4
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. 
flood
jalan-tun-razak

35 Pengganas Kiram Ditembak Mati

$
0
0
 
Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancangstrategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu seterusnya berkata, rancangan kumpulan pengganas tersebut untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah dipercayai bertujuan merencatkan kelancaran proses pilihan raya yang sedang berlangsung.

"Walaupun ancaman daripada pengganas ada tetapi kawalan keselamatan akan diperketatkan dari semasa ke semasa malah operasi-operasi membanteras akan terus mendapat kerjasama daripada kerajaan negara berkenaan.

"Oleh itu, keselamatan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna adalah terjamin dan hari membuang undi juga diyakini akan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, tambah sumber tersebut, pasukan marin Filipina turut mencatat kejayaan dengan penahanan tujuh daripada 18 pengganas Kiram selepas menahan sebuah bot di Pulau Sipangkut, Filipina semasa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Tanduo, Sabah.

"11 pengganas itu walau bagaimanapun berjaya melarikan diri," ujarnya.

Pada 19 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan kumpulan pengganas Kiram yang dibantu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran proses PRU-13.

Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan.

Walau bagaimanapun, usaha pengganas itu gagal setelah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.

TERKINI!!! SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI KASTAM DITEMBAK MATI!!

$
0
0



Berita yang baru diterima mengesahkan seorang lelaki India telah ditembak mati oleh pihak Polis di Ampang oleh sepasukan unit D9 IPK KL yang telah dapat mengesan kedudukan mereka.

Seorang lagi suspek yang juga lelaki berketurunan India berjaya melepaskan diri. Walaubagaimanapun, pihak polis telah mengenalpasti identiti dan kedudukan suspek tersebut dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Awal pagi tadi, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) telah ditembak 3 das tembakan yang menyebabkan kematian di Putrajaya.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham
Al-Fatihah

Industri Muzik & Filem Akan Hancur Jika PAS Pegang Kuasa – Norman KRU

$
0
0



Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan.
Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.
#01 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA
#02 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA
Penyanyi & penerbit, Hafiz Hamidun antara yang memberikan reaksi beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.
Apa kata anda?

Bangun & Jatuh Industri Hiburan, Tiada Kaitan Dengan Pemerintah – Ahmad Idham

$
0
0
Memang hangat dunia hiburan tanah air selepas kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Norman KRU. Ada yang menyokong namun rata-rata mereka yang bergiat di dalam industri hiburan membantah kenyataan tersebut. Salah seorang yang membantah ialah Ahmad Idham.
ahmad idham
Menerusi laman Twitternya, Ahmad Idham menegaskan yang jatuh bangun industri hiburan tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Malah Ahmad Idham turut berkata kepada Mstar Online:-
Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni. Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara. Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya.
ahmad idham
Bagi AAdmin, kenyataan Ahmad Idham sememangnya benar. Ini barulah kata-kata yang bernas dan tidak mengikut perasaan. Kadang-kadang kefanatikan di dalam diri mendorong kita bercakap sesuatu yang tak masuk akal. Berhati-hatilah takut ia akan memakan diri kita sendiri di masa hadapan. Tak gitu?

Saya Dipergunakan & Dijadikan Watak Jahat – Zain Saidin

$
0
0
zain saidin
Berkata kepada MediaHiburan, Zain memberitahu yang dirinya dipergunakan dan dijadikan watak jahat di dalam program ini. Kata Zain:-
Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah. Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan
zain saidinMungkin kata-kata Zain ada kebenarannya dan mungkin cuma sekadar alasan untuk membersihkan namanya semula. Kita tidak tahu babak apakah yang telah disunting keluar. Perkara sebegini memang biasa terjadi untuk menaikkan lagi rating sesebuah program. Malah menurut Zain, dia pada mulanya enggan menyertai rancangan ini kerana tidak pandai memasak.
Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.
Selepas ini Zain kenalah memperbaiki balik reputasi dirinya yang telah jatuh akibat Masterchef Selebriti 2. Tunjukkan kembali sikap baik, menghormati orang tua dan kejujuran anda. Yang penting, jangan berdendam dan lupakanlah apa yang telah berlaku.

SMS ANGGOTA POLIS BUAT RAKAN SEPERJUANGAN

$
0
0



Kiriman sms dari kawan seorang Polis buat semua rakan seperjuangan khususnya anggota keselamatan negara.

Ini SMS dari kawan Polis:

Khutbah sebelum undi awal - Tatapan bagi semua Rakan seperjuangan,

Aku bukan lah orang Umno apatah lagi org PAS.

Aku org PKR? Sorry, gua lelaki TULIN. 

Aku org DAP? Langkah mayat aku dulu!

Wahai Rakan seperjuangan - INGAT!!, siapa yg mengelarkan kita anjing kerajaan masa BERSIH sangat? 

Sapa yg berarak membawa mayat Kugan keliling bandar dan menjerit kita pembunuh? 

Sapa yg tampil kehadapan dlm kes Aminurasyid dan seterusnya mengelar polis trigger happy?

Disaat kita meratapi perwira kita yg gugur di Lahad Datu siapa yang galak mempertikaikan SYAHID kah mereka? 

Kita terima saja gelaran yang mereka lemparkan kepada kita atas dasar profesionalisme dengan senyuman. 

Hari ini tibalah masanya utk kita menzahirkan kita bukan Anjing, bukan Pembunuh, bukan Trigger Happy dan Wira kami di Lahad Datu bukan sandiwara, malahan kami juga sanggup MATI utk mu MALAYSIA.

Walaupun Syahid kami telah dipertikaikan, maka rakan sekalian tentukan lah hari ini apa yg di perjuangkan oleh Sang Saka Biru , kepada semua rakan seperjuangan "Selamat Mengundi" Allah lebih mengetahui. Amin.

Sebarkan!! Pada anggota keselamatan anda semua adalah WIRA kami sanggup berkorban demi negara tercinta.

Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful

$
0
0
Azlan Mohd Lazim
KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.


"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.


Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.


Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.


Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.


"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.


"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.


"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.


Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.


"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.


"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.

Azhar Sulaiman Dicaci, Dihina Dan Akaun Facebooknya Digodam

$
0
0

Kadang-kadang apabila menyuarakan pendapat kita, lebih-lebih jika sebagai seorang selebriti, kita perlulah berhati-hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Cubalah berbicara secara berhemah.
azhar sulaimanWalaupun Admin simpati terhadap apa yang terjadi kepada Azhar Sulaiman, tindakannya sebelum ini boleh dikatakan seperti mencurah minyak ke dalam api. Akibatnya, akaun Facebook Azhar Sulaiman digodam dan dirinya menerima cacian dan makian menerusi Facebook. Kata Azhar Sulaiman menerusiMstar Online:-
Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi. Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah.
azhar sulaimanLaporan polis sudah pun dilakukan oleh Azhar Sulaiman berkenaan perkara ini. Nasihat Admin kepada semua, tak perlulah poyo sangat update status Facebook berkaitan politik sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain. Rileks je. Yang penting, Ahad ini turun mengundi dan buatlah yang terbaik untuk masa depan kita.

Apa Yang Saya Katakan Adalah Mengikut Fakta – Norman KRU

$
0
0

Selepas dikecam hebat oleh orang ramai berkenaan kenyataannya “Kalau PAS Berkuasa, Industri Filem & Muzik Kita Akan Hancur“, Norman KRU tampil menerusi Harian Metro untuk menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
norman kruMenurut Norman KRU, segala yang diberitahu adalah fakta dan sebagai pemerhati. Kata Norman:-
Apa yang saya katakan adalah mengikut fakta dan sebagai pemerhati. Merujuk apa yang berlaku di Kelantan, pawagam dan konsert diharamkan, tetapi mereka adalah jumlah penghidap HIV tertinggi di negara ini. Situasi ini sebenarnya boleh menjejaskan ekonomi negara berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) ada menyebut pembelaan pada industri seni dan kreatif. Apa yang dibimbangkan, kawal seliaan dari aspek tapisan filem pastinya mewujudkan lebih banyak tentangan sehingga memberi kesan pada pelaburan. Pinjaman bank kepada penggiat seni mungkin dihapuskan jika muzik dan filem dianggap komoditi diharamkan
norman kru
Itu adalah pendapat peribadi Norman KRU di dalam hal ini. Mungkin Norman lebih arif kerana dia sudah lama berkecimpung di dalam dunia hiburan. Admin malas nak komen lebih kang tak pasal-pasal orang anggap Admin ini pro kepada parti-parti tertentu. Bagi Admin, undilah mana-mana yang anda suka dan yang dapat menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh.
Viewing all 1229 articles
Browse latest View live